bhmuka1-o_BHfield_image_listing_featured.var_1585705503.jpg

COVID-19: PKB bantu petugas HRPZ II

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KOTA BHARU: Politeknik Kota Bharu (PKB) menghasilkan 630 unit pelindung muka dan diagihkan kepada petugas barisan hadapan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Penyerahan dibuat semalam oleh Pengarah PKB, Kamaludin Daud kepada Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Peralatan yang dihasilkan dari plastik menggunakan pencetak tiga dimensi (3D) dan dicetuskan oleh dua kakitangan PKB iaitu Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Zuhairy Zahari dan seorang pensyarah, Ishamzuri Abdullah.

Pelindung muka DIY yang dihasilkan warga PKB menggunakan pencetak 3D dan diagihkan kepada kakitangan HRPZ II. - Foto NSTP/IHSAN PKB
Pelindung muka DIY yang dihasilkan warga PKB menggunakan pencetak 3D dan diagihkan kepada kakitangan HRPZ II. – Foto NSTP/IHSAN PKB

Kamaludin berkata, penghasilan semua pelindung muka itu disiapkan dalam tempoh tiga hari dengan bantuan 61 penuntutnya yang berada di kampus itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Keseluruhan kos dianggarkan lebih RM3,000 dan bagi kami ia Tak seberapa jika dibanding dengan jasa petugas barisan hadapan terutama yang bertugas di hospital dalam usaha merawat mangsa COVID-19.

“Inisatif ini juga dibuat sebagai sumbangan kecil kami untuk sama-sama terbabit secara Tak langsung dalam mengekang wabak ini dari terus menular,” katanya dalam kenyataan kepada media.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: PKB bantu petugas HRPZ II

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail