1586243134_hqdefault.jpg

COVID-19: PKPD di Malayan Mansion, Selangor Mansion

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempersiapkan kawalan ke atas dua blok bangunan kediaman di Jalan Masjid India, di sini susulan perisytiharan lokasi itu sebagai kawasan terbaru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengumuman mengenai PKPD terbaru yang berkuat kuasa serta merta itu dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang medianya yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Kedua-dua blok terbabit Adalah flet kediaman lapan tingkat yang turut menempatkan premis perniagaan di bahagian bawah, iaitu Malayan Mansion dan Selangor Mansion.

Ia terletak dalam jarak lingkungan 500 meter dari lokasi Plaza City One, yang lebih awal dikenakan PKPD bermula 31 Mac lalu.

- Foto NSTP/Safeek Affendy Razali
– Foto NSTP/Safeek Affendy Razali

Terdahulu, tinjauan BH mendapati anggota polis dan tentera sedang memasang pagar kawat duri di laluan masuk kedua-dua bangunan itu serta menutup keseluruhan bangunan dengan pita larangan polis berwarna kuning.

Turut berada di lokasi Adalah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Penghuni di kedua-dua blok kediaman berkenaan yang sudah dimaklumkan lebih awal mengenai PKPD yang Akan dilaksanakan, sebahagian besar Adalah pekerja asing dalam pelbagai sektor di premis perniagaan berhampiran terutama di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Berdasarkan pengumuman oleh Ismail Sabri, terdapat 15 individu di lokasi berkenaan yang dikesan positif COVID-19 setakat ini.

COVID-19: PKPD di Malayan Mansion, Selangor Mansion

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail