bhsungaigolok_BHfield_image_listing_featured.var_1586337290.jpg

COVID-19: Sungai Golok sepi daripada aktiviti lintas sempadan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

TUMPAT: Sepanjang tiga minggu perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, Sungai Golok yang memisahkan Pengkalan Kubor dan beberapa kampung di selatan Thailand, tenang daripada pergerakan keluar masuk bot dan sampan.

Tinjauan selama sejam pagi ini, mendapati hanya dua sampan pemancing bergerak di sebelah Thailand dipercayai keluar untuk menangkap ikan sebagai kelangsungan hidup.

Pemilik jeti persendirian di pangkalan haram Kampung Kebun di sini, Zulkifli Ibrahim, 48, mengakui sejak PKP bermula 18 Mac lalu keadaan pangkalan haram itu sudah tiada kelibat pengunjung.

“Malah beberapa hari sebelum itu lagi tiada yang berani menyeberang ke negara jiran kerana risaukan penularan wabak COVID-19 yang diwar-warkan dalam media rasmi dan sosial.

“Masyarakat sangat patuh dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan kerana selain takut jangkitan wabak itu, mereka juga bimbang ditangkap pihak berkuasa yang kerap meronda di sini,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Gambar kiri; Pemilik jeti persendirian di pangkalan haram Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, Zulkifli Ibrahim, 48. Gambar kanan; 08 APRIL 2020. Penduduk Kampung Kebun, Zakaria Awang, 62. - Foto Siti Rohana Idris
Gambar kiri; Pemilik jeti persendirian di pangkalan haram Kampung Kebun, Pengkalan Kubor, Zulkifli Ibrahim, 48. Gambar kanan; 08 APRIL 2020. Penduduk Kampung Kebun, Zakaria Awang, 62. – Foto Siti Rohana Idris

Zulkifli berkata, anggota keselamatan berada di segenap ceruk termasuk laluan tikus dan pangkalan haram menyebabkan aktiviti rentas sempadan sangat sukar dilakukan.

Beliau berkata, undang-undang yang dikuatkuasakan Thailand juga sangat ketat ketika ini Bila ada penduduk berhampiran yang juga warga tempatan dihalau ketika cuba menghantar barangan makanan kepada saudara maranya di Takbai dengan mengguna bot galah.

“Ketika tiba di pinggir Sungai Golok sebelah Thailand, dia ditahan tentera dan diarah meninggalkan barangan yang dibawa di tebing dan menghubungi saudaranya agar mengambil barang itu di situ, manakala dia pula diminta pulang dengan segera,” katanya.

Tinjauan sejauh dua kilometer sepanjang sempadan Sungai Golok juga mendapati tiada aktiviti lintas sempadan berlaku, menandakan penduduk mematuhi arahan kerajaan masing-masing.

Penduduk, Zakaria Awang, 62, berkata sebelum ini, pada hari biasa, Sungai Golok bukan sahaja menerima kedatangan pengunjung yang ingin membeli belah di Pekan Golok, malah ramai yang berulang-alik sama ada atas urusan kerja atau menziarah sanak saudara.

“Kebanyakan kami yang tinggal di pinggir sungai ini mempunyai kaitan dengan negara jiran iaitu tali persaudaraan dan memandangkan jarak sempadan hanyalah beberapa ratus meter maka kekerapan berulang alik itu sangat tinggi.

“Akan Tetapi Bila dijalankan PKP, kami juga sudah lama Tak mengunjungi antara satu sama lain dan hanya berhubung menerusi telefon sahaja,” katanya.

Tiada sebarang aktiviti lintas sempadan berlaku di Sungai Golok yang memisahkan Pengkalan Kubor dan beberapa kampung di Selatan Thailand dalam tempoh PKP yang sudah memasuki tiga minggu. - Foto Siti Rohana Idris
Tiada sebarang aktiviti lintas sempadan berlaku di Sungai Golok yang memisahkan Pengkalan Kubor dan beberapa kampung di Selatan Thailand dalam tempoh PKP yang sudah memasuki tiga minggu. – Foto Siti Rohana Idris
  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: Sungai Golok sepi daripada aktiviti lintas sempadan

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail