bhzoo7-o_BHfield_image_listing_featured.var_1586237342.jpg

COVID-19: Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya Tak dijangkiti

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Zoo Negara mengambil langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu Tak dijangkiti wabak COVID-19.

Pengarah Veterinar Zoo Negara, Dr Mat Naim Ramli, berkata pihaknya meminimumkan pergerakan penjaga zoo ke kandang serta waktu bekerja mereka dihadkan hanya empat jam sehari.

“Oleh kerana sudah ada dua tiga kes membabitkan penjangkitan daripada manusia kepada haiwan dilaporkan, maka langkah berjaga-jaga perlu diambil terutamanya bagi mereka yang sentiasa terdedah kepada haiwan ataupun bekerja di zoo,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, media antarabangsa melaporkan seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif COVID-19 setelah dipercayai terdedah kepada seorang kakitangannya yang positif. Pekerja itu dilaporkan Tak menunjukkan gejala semasa menjaga haiwan berkenaan.

Secara amnya, beliau berkata ada kemungkinan jangkitan COVID-19 boleh berlaku daripada manusia kepada haiwan jika pesakit itu melakukan kontak rapat terhadap haiwan dan menambah kata setakat ini tiada bukti jelas bahawa jangkitan haiwan peliharaan boleh merebak kepada manusia atau haiwan lain.

Dr Mat Naim berkata, haiwan yang dijangkiti COVID-19 mungkin Tak menunjukkan tanda-tanda jangkitan atau mengalami tanda jangkitan rendah.

Orang ramai yang memiliki haiwan peliharaan, terutamanya anjing dan kucing, diminta jangan panik untuk ke klinik veterinar bagi pemeriksaan kesihatan.

Penjaga zoo, Mustain Khairuddin (kanan) memberi makanan kepada zirafah ketika tinjauan di Zoo Negara. - Foto BERNAMA
Penjaga zoo, Mustain Khairuddin (kanan) memberi makanan kepada zirafah ketika tinjauan di Zoo Negara. – Foto BERNAMA

“Setakat ini, kita Tak ada ‘test kit’ COVID-19 khusus kepada haiwan peliharaan di klinik veterinar, jadi tiada gunanya berpusu-pusu ke klinik jika anjing atau kucing mereka didapati ada simptom batuk dan selesema.

“Yang penting jaga kebersihan diri, rajin basuh tangan terutamanya sebelum dan selepas mengendalikan haiwan,” katanya.

Sesiapa yang didapati positif COVID-19 perlu mengasingkan diri daripada orang lain termasuk haiwan peliharaan mereka, katanya.

Sementara itu, Dr Mat Naim berkata pihaknya menyambut baik sumbangan orang ramai terutamanya berbentuk makanan haiwan dan peralatan pembersihan zoo.

“Setakat ini, kami sudah mengumpul kira-kira RM200,000 kutipan derma daripada pelbagai pihak dan orang ramai terhadap lebih 300 jenis haiwan yang ada di Zoo Negara dan kami masih lagi perlu sumbangan dari segi sayur-sayuran dan buah-buahan untuk makanan.

“Oleh itu, mereka yang berminat untuk menderma sumbangan makanan haiwan dan alat-alat pembersihan zoo seperti plastik sampah, penyapu dan seumpama boleh menghubungi 03-41083422 bagi maklumat lanjut,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • COVID-19: Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya Tak dijangkiti

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail