zaha10_BHfield_image_listing_featured.var_1570662224.jpg

Crystal Palace bantu Zaha atasi perkauman 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

LONDON: Crystal Palace dalam kenyataannya semalam menyatakan kelab itu akan bertindak sewajarnya selepas pemain sayapnya, Wilfried Zaha dari Ivory Coast sekali lagi menjadi subjek ejekan berbaur perkauman menerusi media sosial.

“Kami Tak akan bertolak ansur dengan sikap seperti ini ke atas pemain kami dan akan menyokong sepenuhnya usaha mengatasi perkara ini,” kata kelab berkenaan menerusi laman web rasminya, semalam. (www.cpfc.co.uk).

“Kelab ini akan mengambil tindakan dan memohon kerjasama kelab lain yang dilanda masalah berkaitan untuk meneruskan tindakan atas perlakuan jenayah berkenaan mengikut lunas undang-undang yang dibenarkan.”

Palace bagaimanapun Tak menyatakan bentuk tindakan terperinci yang Akan dilakukan mereka.

Awal tahun ini, Zaha berkata dia menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman dalam ‘hampir setiap perlawanan’ yang diharunginya. – Reuters

Pemain Cyrstal Palace, Wilfried Zaha (kanan) bersama pengadil perlawanan sewaktu berjumpa West Ham United pada Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu. – Foto Reuters

Crystal Palace bantu Zaha atasi perkauman 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *