image281229.jpg

Cubaan salam tangan Tun M, DJ Dave kunci mulut

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENYANYI veteran, Datuk DJ Dave mengambil pendekatan untuk berdiam diri buat masa ini berhubung foto yang tular di media sosial memaparkan dirinya cuba untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan NST online, DJ Dave atau nama penuhnya Irwan Shah Abdullah, 70, sebelum ini Adalah antara bintang yang menyokong kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, lagunya berjudul Kawan Setia turut dirakam dan digunakan semula sebagai Gita kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.

Foto tersebut telah mengundang kecaman netizen dan mempersoalkan pendirian politik DJ Dave selepas kekalahan besar parti BN pada 9 Mei lalu.

“Saya Tak mahu menjawab berhubung isu foto viral itu dan tunggu sahaja kenyataan rasmi dan penjelasan saya dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, seramai 15 Seniman veteran berusia 60 tahun ke atas menerima sumbangan berjumlah RM2,000 seorang bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.

Mereka terdiri daripada Mubarak Ali, Ismail Jantan, Raja Mohamad Rashid Raja Salehudin, Khairul Azhar Abdul Samad, Noraziyan Ibrahim@Yan Ibrahim dan Hashimah Hashim.

Cubaan salam tangan Tun M, DJ Dave kunci mulut

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *