maribersama24bb.transformed.jpg

'Cukuplah 28 tahun untuk PAS, mari bersama BN' – Zahid

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BHARU: Sumbangan Kerajaan Pusat terhadap Kelantan terlalu besar, jika dibandingkan hasil negeri ini yang disalurkan kepada Persekutuan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sepanjang pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Datuk Seri Najib Razak, peruntukan dan pembangunan untuk rakyat Kelantan Tak pernah berkurangan walaupun di bawah pentadbiran PAS

Beliau berkata, sepanjang 28 tahun Kelantan ditadbir PAS, pihaknya reda dan terus membantu rakyat Kelantan kerana menganggap itu Adalah tanggungjawab.

“Saya ingatkan diri dan rakan-rakan, cukuplah 28 tahun Allah beri peluang kepada PAS. Kali ini saya mengajak rakyat Kelantan supaya berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang banyak membantu selama ini secara menzahirkan menerusi sokongan ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Rakyat Kelantan harus memilih kerajaan dan parti yang memberi, kalau Tak, kita dikira Tak bersyukur. Marilah berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO tanda syukur kepada Allah.

“Kita merasakan bahawa Bayu perubahan sudah sampai dan bertiup kencang. Namun saya ingatkan kepada rakan supaya Tak memburuk dan melemahkan orang serta parti lain, sebaliknya cerita kepada rakyat mengenai kelebihan parti kita,” katanya.

AHMAD Zahid tiba pada Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Tendong, di Pasir Mas, hari ini. – Foto Fathil Asri

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Rakyat di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Tendong, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Ahmad Jazlan Yakob dan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memberi jaminan akan melakukan pembaharuan secara menyeluruh termasuk peruntukan dan projek di Kelantan, sekiranya berjaya menawan negeri itu pada PRU-14.

“Inilah saat terbaik Kerajaan Pusat membuktikan kepada rakyat Kelantan bahawa kita sentiasa membantu rakyat di negeri ini,” katanya.

'Cukuplah 28 tahun untuk PAS, mari bersama BN' – Zahid

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *