12hasnan1.transformed.jpg

Curi motosikal kes tertinggi di Perak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

IPOH: Kadar indeks jenayah di Perak menurun sebanyak 520 kes atau 12 peratus tahun lalu, kata Ketua Polis negeri, Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata, kadar direkodkan tahun lalu Adalah 5,326 kes berbanding 5,846 pada tahun 2016.

Bagaimanapun, katanya, trend jenayah kekerasan membabitkan kegiatan samun tanpa senjata Barah merekodkan peningkatan sebanyak enam kes daripada 201 kes pada tahun lalu, berbanding 195 kes pada tahun sebelumnya.

Katanya, bagi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 12 dan lapan peratus pada tahun lalu.

IPOH 12 JANUARI 2018. Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Polis, Ipoh. NSTP/ABDULLAH YUSOF

“Kegiatan curi motosikal masih menjadi penyumbang utama indeks jenayah di negeri ini dengan jumlah kes tertinggi sebanyak 1,912 kes daripada 5,326 kes keseluruhan indeks jenayah pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak di Mes Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.

Hasnan berkata, daerah Ipoh merekodkan kes jenayah tertinggi iaitu 2,082 kes atau 39.1 peratus diikuti Taiping (731 kes) dan Manjung (622 kes).

Beliau berkata, jenayah membabitkan kegiatan penyalahgunaan dadah, pihaknya merampas RM12.4 juta dadah pelbagai jenis pada tahun lalu berbanding RM4.9 juta pada tahun sebelumnya.

Katanya, seramai 2,459 individu ditahan atas kesalahan mengedar dadah; 5,621 individu kesalahan memiliki dan 124 individu lagi ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Dadah jenis syabu (methamphetamine) Adalah dadah paling popular digunakan suspek dan jumlah rampasan dadah itu membabitkan sebanyak 104 kilogram (kg) diikuti dadah tradisional jenis ganja dengan rampasan sebanyak 77 kg manakala heroin sebanyak 43 kg,” katanya.

Curi motosikal kes tertinggi di Perak

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *