police.JPG.transformed.jpg

Dakwa polis Filipina palsukan bukti

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MANILA: Kumpulan pemantau hak asasi manusia menuduh polis Filipina memalsukan bukti bagi mewajarkan pembunuhan Tak mengikut undang-undang dalam perang menangani dadah yang dilaksanakan kerajaan negara itu.

Kempen perang itu sudah mengorbankan 7,000 nyawa dan Presiden Rodrigo Duterte didakwa bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian itu.

Dalam laporan yang dibentangkan hari ini, pemantau hak asasi manusia mendakwa Duterte dan lain-lain pegawai menghasut serta mengapi-apikan pembunuhan itu dalam kempen yang boleh dianggap sebagai perang mengatasi kemanusiaan.

Mereka meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas bagi mencari pihak yang bertanggungjawab dan ketelusan.

Laporan itu juga menyebut, pihak polis sering melakukan pembunuhan Tak berlandaskan undang-undang terhadap suspek kes dadah, dan kemudian mendakwa ia bagi mempertahankan diri, selain meletakkan senjata atau dadah pada Jenazah mangsa.

Sementara itu, jurucakap presiden, Ernesto Abella, berkata istana presiden akan mengeluarkan kenyataan, lewat hari ini. – AP

Dakwa polis Filipina palsukan bukti

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *