kolok6-o_BHfield_image_listing_featured.var_1586212044.jpg

Dari kedai mi kolok Sampai ke kilang perabot

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Perniagaan restoran makanan di Sarawak turut menjadi contoh yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Mohd Yassin untuk memudahkan peniaga kecil dan sederhana memahami inisiatif tambahan yang diumumkan hari ini.

Katanya, contohnya, Restoran Mi Kolok Hj Salleh di Kuching, Sarawak yang mempunyai lima orang pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah dan dua orang pekerja asing.

“Untuk menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, pemilik restoran ini boleh mendapatkan pinjaman kredit mikro BSN sebanyak RM50,000 dan subsidi upah untuk lima orang pekerja berjumlah RM18,000.

“Di samping itu, pemilik restoran ini juga boleh menikmati penjimatan daripada pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF (Dana Pembangunan Sumber Manusia) sebanyak RM8,400, tangguhan cukai berjumlah RM5,200, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM2,300 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM300.

Restoran Mi Kolok Haji Salleh - Foto FB restoran
Restoran Mi Kolok Haji Salleh – Foto FB restoran

“Keseluruhan manfaat yang boleh diterima, Tak termasuk pinjaman kredit mikro, ialah sebanyak RM34,200 untuk tempoh tiga bulan,” katanya

Contoh terakhir ialah Syarikat Surjit Kaur Sdn Bhd, syarikat bersaiz kecil dalam sektor perkilangan perabot dengan 15 orang pekerja yang mana lima orang Adalah pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah, 10 orang pekerja asing dan selebihnya pekerja tempatan bergaji lebih RM4,000.

Bagi memastikan syarikat dapat menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, Syarikat Surjit Kaur boleh mendapatkan pinjaman Special Relief Facility (SRF) sebanyak RM500,000 dan subsidi upah berjumlah RM18,000.

Selain itu, syarikat itu juga boleh menikmati penjimatan melalui pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF sebanyak RM8,400, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM4,600, tangguhan cukai PKP Mikro sebanyak RM32,700 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM100.

Keseluruhan manfaat yang diperoleh oleh syarikat ini, Tak termasuk pinjaman SRF, ialah sebanyak RM63,800.

Dari kedai mi kolok Sampai ke kilang perabot

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail