Sadiq_Khan88ac.transformed.jpg

Datuk Bandar London kecam serangan 'gaya Trump'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DATUK Bandar London yang baru, Sadiq Khan. – Foto AFP

LONDON: Datuk Bandar London yang baru, Sadiq Khan, menuduh Perdana Menteri David Cameron menggunakan taktik ‘Donald Trump’ untuk cuba memecah belahkan komuniti dalam usaha menghalang pemilihannya.

Sehari selepas mengangkat sumpah dengan janji menjadi ‘Datuk Bandar kepada semua penduduk London’, Pakar perundangan Buruh itu mengecam parti Konservatif pimpinan Cameron kerana cuba mengaitkan beliau dengan militan Islam ketika kempen pemilihan.

“Mereka menggunakan ketakutan dan ugutan untuk cuba membuatkan kumpulan pelbagai agama dan etnik berbalah sesama sendiri, sesuatu yang jelas daripada taktik Donald Trump.

“Penduduk London perlukan yang lebih baik dan saya harap ia sesuatu yang parti Konservatif Tak cuba mengulanginya,” tulis beliau dalam akhbar The Observer, merujuk calon presiden Amerika Syarikat dari parti Republikan, Donald Trump.

Khan menang dengan 57 peratus undian dalam pemilihan Khamis lalu, memperoleh 1.3 juta undian untuk menewaskan Zac Goldsmith dan mencipta sejarah sebagai Datuk Bandar Islam pertama bagi ibu negara utama di Barat.

Lelaki berusia 45 tahun dan anak kepada pendatang Pakistan yang bertugas sebagai pemandu bas, menyifatkan kejayaannya sebagai kemenangan ‘perpaduan mengatasi perpecahan’ selepas beberapa minggu dikritik berhubung penampilannya pada majlis umum di samping penduduk Islam radikal. – AFP

Datuk Bandar London kecam serangan 'gaya Trump'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *