latsakit.transformed_0.jpg

Datuk Lat dibawa ke IJN esok

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KARTUNIS terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat. – Foto Yahya Zainuddin

IPOH: Kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, 65, akan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan rawatan lanjut berikutan komplikasi jantung dihadapinya.

Isterinya, Datin Faezah Ahmad Zanzali, berkata suaminya yang kini menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di sini, menjalani prosedur angiogram pada jam 4 petang tadi.

“Datuk nampak keletihan hari ini terutama selepas melakukan proses angioram pada jam 4 Sampai 5 petang tadi.

“Doktor telah pun memaklumkan akan membawa Datuk ke IJN esok pagi untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau berkata, selain dirinya, keempat-empat anak mereka akan turut menemani suaminya itu.

“Berdasarkan keadaan semasa, hanya pelawat tertentu sahaja dibenarkan melawat Datuk. Sama-samalah kita berdoa Datuk cepat sembuh,” katanya.

Lat kali pertama dimasukkan ke wad hospital swasta berkenaan pada 8 Januari lalu dan dibenarkan keluar empat hari kemudian tetapi dimasukkan semula ke wad pada Jumaat lalu selepas mengadu kurang sihat.

Datuk Lat dibawa ke IJN esok

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *