ps19_BHfield_image_listing_featured.var_1571445614.jpg

Di Maria, Mbappe ceriakan PSG

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NICE: Angel Di Maria menyumbat dua gol ketika Kylian Mbappe turut menemui jaringan untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG) mengatasi Nice 4-1 sekali gus kian selesa di persada Ligue 1 dengan kelebihan lima mata.

Tanpa kehadiran Neymar dan Idrissa Gueye yang cedera, gergasi Perancis itu bagaimanapun bernasib baik Bila dapat menyenaraikan Mbappe dan Edinson Cavani sebagai pemain simpanan dalam kunjungan ke Cote d’Azur.

“Ia Adalah sesuatu yang baik untuk memulakan tempoh enam perlawanan yang padat dengan kemenangan,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

“Kami melalui babak pertama yang baik, saya amat gembira. Kami mempunyai peluang untuk menguasai perlawanan di awal babak kedua, tetapi kami gagal melakukannya.”

Aksi tangkas penjaga gol Nice, Walter Benitez menafikan tiga percubaan serentak Presnel Kimpembe dan Abdou Diallo di awal aksi, tetapi Tak lama kemudian PSG akhirnya di depan.

Angel Di Maria (kiri) pemain Paris Saint-Germain menumpaskan penjaga gol OGC Nice, Walter Benitez pada perlawanan Ligue 1, awal pagi tadi. – Foto EPA

Di Maria pantas meluru untuk menerima umpanan Mauro Icardi sebelum membuka akaun jaringan seawal minit ke-15.

Dia sekali lagi menggandakan kedudukan dari sudut yang sukar enam minit kemudian tetapi Nice merapatkan kedudukan pada minit ke-67 hasil jaringan Ignatius Ganago.

Harapan untuk memandang kebangkitan anak-anak buah Patrick Vieira berakhir sejurus dua pemain Nice Wylan Cyprien dan Christophe Herelle dibuang padang

Tuchel membawa masuk Mbappe ketika aksi berbaki lapan minit dan kelebihan beraksi dengan dua pemain dimanfaatkan PSG selepas Mbappe menolak masuk gol pertamanya sejak 11 Ogos lalu.

Dia kemudiannya mengumpan gol kedua buat Icardi pada masa kecederaan. – AFP

Di Maria, Mbappe ceriakan PSG

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *