Jalaluddin-Hassan28129.gif

Dinasihatkan Jangan Nikah Pada Tarikh Itu

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Baru-baru ini Datuk Jalaluddin Hassan ada menyuarakan niatnya untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita genap setahun isterinya meninggalkanya.

Ketika dihubungi sebuah portal online pelakon drama Cinta Elysa itu menafikan khabar Bayu kononnya dia Akan melangsungkan majlis pada 25 November ini.

“Saya akan berbincang dengan keluarga saya dan keluarga Akan isteri. Jika sudah ada tarikh, saya akan beritahu pada media dan menjemput anda semua datang ke majlis saya nanti,” katanya.

Namun, pelakon berusia 63 tahun itu berkata ikutkan hati dia mahu melangsungkan 25 Disember ini kerana tarikh itu istimewa di mana dia dan arwah isteri disatukan kira-kira 40 tahun yang lalu.

“Tarikh itu terlalu istimewa buat saya, tetapi ramai yang menasihatkan saya jangan buat (menikah) pada tarikh sama.

“Ada baiknya juga pandangan mereka itu, jadi saya akan cari tarikh lain,”tambahnya lagi.

Jalaluddin mengakui berkenalan dengan ibu tunggal anak empat yang dikenali dengan nama YR itu dilaman Facebook hanya bermula dengan ucapan ‘selamat berpuasa’ pada Ramadan yang lalu.
“Saya dapati ciri-ciri arwah isteri ada padanya. Selepas bernikah nanti saya mahu dia tinggal di kediaman saya sekarang. Saya Tak boleh berpisah dengan anak dan cucu.

“Saya mahu suasana seperti dulu di mana sentiasa ada majlis keramaian di rumah dan kaum keluarga selalu berkumpul,” katanya yang sangat merindui suasana berkumpul bersama keluarga.

Itulah yang dikatakan, ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.Mudah-mudahan semua perancangan yang dilakukan Jalaluddin akan dipermudahkan.

Dinasihatkan Jangan Nikah Pada Tarikh Itu

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *