13grab.transformed.jpg

Dipukul pemandu Grab Car

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SERDANG: Seorang pemandu Grab Car ditahan kerana didakwa memukul penumpang sehingga patah tulang hidung selepas berlaku perselisihan faham antara mereka, semalam.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan di ibu negara jam 2 pagi tadi dan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rosdi Daud, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 17 tahun yang tinggal di Puchong Jaya menggunakan perkhidmatan itu untuk ke sebuah pusat beli-belah.

Mangsa patah hidung selepas mendakwa dipukul seorang pemandu Grab Car akibat Keliru faham, semalam. – Foto Ihsan Pembaca

“Remaja perempuan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah persendirian di Petaling Jaya itu bersendirian ketika kejadian.

“Suspek mengambil mangsa di kediamannya dan ketika dalam perjalanan, berlaku perselisihan faham antara kedua-duanya menyebabkan pemandu Grab Car berang lalu memukul mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, punca sebenar perselisihan faham kedua-dua pihak masih disiasat.

“Semakan mendapati suspek menjadi pemandu Grab Car sepenuh masa sejak dua tahun lalu dan Tak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” katanya.

Dipukul pemandu Grab Car

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *