image28929.jpg

Disangka guruh, rupa-rupanya…

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Penduduk di sebuah pangsapuri di Bukit Antarabangsa, terkejut Bila dentuman yang disangka guruh rupanya tanah runtuh.

Penduduk, Norhayati Jantan, 39, berkata, dia bersama keluarganya berada di rumah ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

“Saya terdengar dentuman kuat selepas petir di belakang dapur, saya pergi tengok dan mendapati cerun telah runtuh,” katanya.

Menurutnya, mujurlah yang rosak akibat runtuhan ini hanya kompresor penghawa dingin.

“Anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tak mengesyorkan tinggal untuk sementara waktu di rumah kerana khuatir ada pergerakan tanah,” katanya.

Sementara itu Pakar Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahmad Sabri Abu Bakar berkata, beliau akan berbincang dengan MPAJ untuk memohon peruntukan khas untuk membaik pulih cerun berkenaan.

“Lokasi kejadian Adalah kawasan penyelenggaran badan pengurusan bersama (JMB) pangsapuri berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berkemungkinan berpunca daripada kegagalan saliran longkang di lokasi kejadian.

“Saya mohon MPAJ untuk menutup sementara lokasi kejadian dengan kanvas, pihak berkenaan akan memantau keadaan tapak itu dari masa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tanah runtuh itu kira-kira jam 4 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian, kita mendapati runtuhan tanah sepanjang 50 kaki di belakang rumah, tiada kerosakan struktur dan kemalangan jiwa,” katanya.

Disangka guruh, rupa-rupanya…

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail