Image_2.jpg

DISYAKI SAKIT TB – HAFIZ HAMIDUN DITAHAN DI WAD

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

“Saya disyaki mengalami jangkitan paru-paru dan juga tibi. Platlet darah saya juga rendah. Saya Tak dapat berpuasa kerana saya harus mengambil ubat. Kemungkinan saya akan ditahan tiga hari lagi di hospital,” ujar penyanyi Gita Jodoh Berdua, Hafiz Hamidun.

Dia telah ditahan di wad dan terpaksa mengambil beberapa ubat untuk menyembuhkan penyakitnya.

“Saya sudah mengalami demam semenjak Rabu minggu lalu. Ketika itu, saya berada di Indonesia atas urusan kerja dan sempat menerima rawatan di sebuah hospital di sana.

“Selepas selesai urusan kerja di Indonesia, saya kembali ke Malaysia dan bekerja seperti biasa. Namun begitu, selepas beberapa hari, demam saya belum lagi kebah. Saya dimasukkan di sebuah hospital di Damansara dan sudah memasuki hari ketiga di sini,” tambahnya.

Sehubungan itu, dia juga terpaksa menangguhkan beberapa urusan kerja dan hanya memantau urusan pejabat menerusi Pelaksanaan Whatsapp.

“Urusan pejabat tetap diteruskan dan saya berhubung dengan staf menerusi Pelaksanaan Whatsapp. Saya berharap agar segera sembuh untuk meneruskan urusan kerja dan menyambut Ramadan seperti biasa,” jelasnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: Astrogempak – Foto: Hafiz IG

INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 – KLIK UNTUK INFO

         ________________________

    :: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
    :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

Follow @myartisdotcom

DISYAKI SAKIT TB – HAFIZ HAMIDUN DITAHAN DI WAD

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *