MB020217DA043_cropped.transformed.jpg

DJ Lin masuk wad akibat kepenatan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DJ Lin dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat kepenatan. – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KUALA LUMPUR: Penyampai Suria FM, DJ Lin, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini akibat kepenatan, sejak Sabtu lalu.

Namun begitu, komitmen terhadap kerja menyebabkan DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid meminta kebenaran doktor untuk keluar seketika daripada pusat rawatan itu.

“Dua hari Tak ke udara di Suria Cinta menyebabkan saya rasa mula bersalah dengan pendengar.

“Malah, saya juga ada komitmen lain, contohnya majlis pada hari ini dan juga pengumuman Top 5 Anugerah Meletop Era 2017 (AME 2017), semalam.

“Lagipun, saya Tak mahu merosakkan program yang dirancang lebih awal. Jadi, saya perlu menguatkan semangat untuk menghadirkan diri,” katanya ketika ditemui pada sidang media wajah baharu stesen radio berkenaan di sebuah pusat beli-belah di Bangsar, di sini, sebentar tadi.

DJ Lin berkata, selain kepenatan, beliau juga terpaksa menjalani rawatan tangan kanan yang terseliuh, Sampai dimasukkan ke wad pada Oktober tahun lalu.

“Selepas beberapa bulan, kesakitan masih dirasai. Jadi saya kena menjalani beberapa ujian untuk menentukan tahap kesembuhan.

“Setakat ini, keputusan yang diperoleh Adalah positif. Saya harap semuanya baik-baik saja dan dapat kembali bekerja seperti biasa selepas ini,” kata pemenang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 ini.

Katanya, buat waktu ini beliau Tak dapat berehat sepenuhnya disebabkan komitmen kerja.

“Saya bukannya seorang yang terlalu gilakan kerja, tetapi minat dan komited terhadap kerjaya menyebabkan kadang kala saya terlupa untuk Santap. Pada hujung minggu pula saya perlu memenuhi pelbagai undangan. Jadi, saya memang tiada masa yang cukup untuk merehatkan diri.

“Namun begitu, ada dua percutian ke luar negara bersama peminat sedang dirancang ketika ini. Walaupun atas urusan kerja, tetapi sekurang-kurangnya dapatlah juga saya berehat untuk seketika nanti,” katanya.

DJ Lin masuk wad akibat kepenatan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *