dot6_1482748867.jpg

Dottie bahagia bergelar isteri

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Dengan sekali lafaz, pelakon Nor Syuhaida Abd Razak, 28, atau lebih dikenali sebagai Dottie sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya Mohd Haffis Abu Hassan.

Pasangan itu dinikahkan adik Dottie, Mohd Safuan Abd Razak dengan disaksikan keluarga dan rakan-rakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira jam 10 pagi, semalam.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana majlis semalam berjalan lancar, berkat doa serta restu kedua-dua belah pihak kami sah bergelar suami isteri ,” katanya.

Dottie yang popular menerusi filem Hantu Bonceng bagaimanapun merahsiakan jumlah hantaran dan mas kahwin, namun masing-masing berbalas tiga dulang hantaran.

Dottie sebelum ini mengikat tali pertunangan dengan jejaka berasal dari Banting, Selangor itu pada April lalu.

Pasangan itu mula berkenalan sejak Jun tahun lalu di laman sosial Facebook.

Menurut Dottie, Haffis, 27 memenuhi kriteria lelaki idamannya.

“Lama kami berkawan sebelum serius bercinta dan mengikat tali pertunangan.

“Keperibadiannya yang merendah diri dan pandai mengambil hati keluarga membuka pintu hati saya untuk menerimanya sebagai suami,” kata Dottie.

Dottie dan Mohd Haffis akan diraikan dalam majlis persandingan di Banting pada pada 7 Januari depan.

Dottie bahagia bergelar isteri

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *