f84040d11d11a06e7ad9cedd724835af.jpeg

Dr M: Jambatan bengkok 'cadangan pihak lain'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PARLIMEN | Cadangan untuk mempertimbangkan semula pembinaan jambatan bengkok ‘datang dari pihak lain’ dan bukan dari dirinya, jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap pada sidang akhbar di lobi parlimen, perdana menteri berkata cadangan itu muncul ketika mesyuarat bersama Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian bulan lalu.

Menjawab soalan jika kerajaan sah memulakan semula projek cetusan beliau ketika menjadi perdana menteri kali pertama dahulu, Mahathir berkata,”cadangan itu datang dari ‘pihak lain’, mereka kata mereka mahu membina jambatan bengkok tetapi ada orang kata tiada jambatan bengkok tetapi jambatan ketiga.”

“(Kami perlu) mendapatkan persetujuan dari Singapura, tetapi Singapura mungkin Tak akan membenarkannya (jambatan ketiga).

“Jambatan bengkok Tak langsung melibatkan Singapura, jadi kami boleh membinanya pada bila-bila masa saja, tetapi untuk jambatan ketiga kami perlu memperolehi kelulusan dari Singapura,” katanya.

Mesyuarat Lembaga Pembangunan Iskandar

Bagi soalan susulan jika kerajaan akan meneroka cadangan jambatan bengkok itu dalam masa terdekat, perdana menteri menjawab,”cadangan itu datang dari pihak lain, jadi kami akan menelitinya.”

Pada Selasa lalu, Osman memberitahu media projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor ke Singapura akan dibincangkan kembali.

“Itu Adalah kehendak Tun (Dr Mahathir) di mana dulu dia suruh Tun Abdullah (Ahmad Badawi) tak mahu buat, (Datuk Seri) Najib (Razak) tak mahu buat.

“Sekarang, dia jadi PM semula, pada mesyuarat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar bulan lalu dia tanya sama ada Johor masih mahu jambatan bengkok itu.

“Saya kata terpulang Tun, ini idea Tun. Jika Tun mahu (jambatan) ini diteruskan saya hanya ikut la. Ia mempunyai banyak kebaikan,” kata Osman.

Projek tersebut enggan dilaksanakan dua bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Badawi.

Cakap-cakap mengembalikannya semula menerima maklum balas yang pelbagai.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau terkejut dengan kerajaan yang mempertimbangkan semula projek tersebut dalam keadaan negara sedang berjimat-cermat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata cadangan mempertimbangkan semula projek jambatan bengkok itu datangnya dari Osman dan masih belum dibentangkan kepada kerajaan persekutuan.

Keutamaan kerajaan sekarang Adalah pada projek-projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, seperti sekolah dan hospital, katanya.

Singapura kata tiada komunikasi

Kementerian Luar Singapura juga menjelaskan hari ini pihaknya Tak menerima sebarang cadangan rasmi atau komunikasi dari Malaysia berkaitan pembinaan jambatan bengkok atau jalan perhubungan baru yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Projek jambatan bengkok asalnya jambatan enam laluan bagi menggantikan Tambak Johor.

Bagaimanapun, memandangkan Singapura Tak bersetuju dengan projek itu, rekaannya diubah menjadi melengkung di bahagian sempadan Malaysia yang membolehkan kapal berlayar di bawahnya lantas mendapat gelaran ‘jambatan bengkok’.

Jambatan itu bersambung dengan bahagian Tambak Johor di sempadan Singapura yang Tak dirobohkan.

Mahathir pada 2003 memberi lampu hijau terhadap projek ini sebelum pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi membatalkannya.

Dr M: Jambatan bengkok 'cadangan pihak lain'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *