21zakir.transformed.jpg

Dr Zakir Naik bersyarah di Kolej PERMATA Insan USIM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENDAKWAH antarabangsa, Dr Zakir Naik beramah mesra bersama anak-anak Kolej Permata Insan selepas selesai memberi ceramah di program Nurturing Muslim Scholars di dewan Kolej Permata Insan. – Foto Hazreen Mohamad

BANDAR BARU NILAI: Lebih 1,000 pelajar Kolej PERMATA Insan, Pakar Lembaga Pengarah dan kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghadiri syarahan penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik di sini, hari ini.

Dr Zakir yang tiba jam 8.30 pagi tadi diberi sambutan meriah sebelum diiring masuk ke dewan Kolej PERMATA Insan di USIM untuk memberi syarahan dan bersoal jawab berkaitan agama Islam selama hampir dua jam.

Beliau yang kagum dengan tumpuan dan soalan dikemukakan pelajar, berkata gembira kerana dijemput memberi syarahan di kolej berkenaan walaupun program itu tiada dalam jadualnya sebelum ini. 

“Saya dikemukakan soalan yang bagus oleh pelajar, sekali gus membuktikan mereka sememangnya mempunyai tahap kecerdasan IQ yang tinggi,” katanya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Dr Zakir Naik bersyarah di Kolej PERMATA Insan USIM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *