DrewWill.jpg

Drew Barrymore Belum Sedia Cari Pengganti Bekas Suami

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON Drew Barrymore memberitahu dia masih dalam keadaan terkejut dan Tak percaya Bila perkahwinannya dengan bekas suami, Will Kopelman musnah pada tahun lalu.
Drew, 41, berkata, dia juga belum bersedia untuk mencari pengganti lelaki berkenaan kerana ingin memberi tumpuan kepada diri sendiri dan anak-anaknya.

“Saya Tak ada sesiapa buat masa dan masih terlalu awal untuk bercakap tentang pengganti kerana saya sendiri masih dalam keadaan terkejut.

“Dalam soal ini saya perlukan masa dan paling penting ketika ini Adalah fokus kepada diri sendiri dan anak-anak,” katanya seperti dilaporkan People.

Drew dan Will berkahwin pada 2012 dan mengumumkan perpisahan mereka pada April tahun lalu manakala proses perceraian mereka selesai pada Ogos 2016.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Olive, 4 dan Frankie, 2 tahun.

Drew Barrymore Belum Sedia Cari Pengganti Bekas Suami

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *