17vendor.transformed.jpg

Dua lagi syarikat laksana Program Pembangunan Vendor

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua dari kiri) bertukar dokumen bersama Pengarah Urusan Uzma Engineering, Datuk Kamarul Redzuan Muhamed pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dengan dua syarikat bagi pelaksanaan Program Pembangunan Vendor Bumiputera iaitu Serba Dinamik Sdn Bhd dan Uzma Engineering Sdn Bhd. Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Ahmad Maslan (kiri) dan pengarah kanan Keusahawanan Bumiputera dan PKS, Datuk Abdul Majid Kutiran (kanan). – Foto Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR: Dua lagi syarikat – Serba Dinamik Sdn Bhd dan Uzma Engineering Sdn Bhd, dipilih untuk melaksanakan Program Pembangunan Vendor (PPV) Bumiputera di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Antarabangsa (MITI).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata penyertaan syarikat induk baharu berkenaan Adalah komitmen mereka dalam membantu kerajaan untuk membangunkan syarikat vendor Bumiputera.

Katanya, ia selaras dengan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri pada 14 September 2013.

“Dengan penyertaan dua syarikat ini, bilangan keseluruhan syarikat induk kini bertambah kepada 18 syarikat. Dengan penambahan ini, lebih banyak peluang perniagaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan ditawarkan kepada syarikat vendor Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara MITI dengan Serba Dinamik dan Uzma Engineering di sini, hari ini.

Serba Dinamik diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Karim Abdullah manakala Uzma Engineering oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kamarul Redzuan Muhamed.

Mustapa berkata, sehingga Disember 2015, sebanyak 18 syarikat anchor sudah menyertai PPV, dengan 11 terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berprestasi tinggi (PCG20), manakala enam lagi Adalah syarikat tempatan dan sebuah lagi syarikat multinasional.

“Di bawah 18 syarikat induk terbabit, sebanyak 2,670 syarikat vendor sudah didaftarkan dan berpeluang menikmati nilai perolehan sebanyak RM10.86 bilion daripada anchor masing-masing,” katanya.

Secara keseluruhan, sehingga Disember 2015 sebanyak 55,066 syarikat vendor, termasuk vendor di bawah PPV sudah berdaftar. Daripada jumlah itu, 17,729 atau 32 peratus Adalah syarikat vendor Bumiputera manakala 37,337 atau 68 peratus lagi syarikat vendor bukan Bumiputera dan luar negara.

Nilai perolehan yang diperoleh syarikat vendor Bumiputera sehingga Disember 2015 Adalah sebanyak RM23.15 bilion (42 peratus), manakala nilai perolehan yang diberikan kepada syarikat vendor bukan Bumiputera dan luar negara Adalah sebanyak RM30.95 bilion (58 peratus).

Selain Serba Dinamik dan Uzma Engineering, 16 syarikat anchor lain ialah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM), CIMB Bank Bhd, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Syarikat lain ialah PROTON Holdings Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, Pharmaniaga Bhd, Sime Darby Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Tenaga Nasional Bhd (TNB), UEM Group Bhd dan UMW Corporation Bhd.

Melalui penyertaan dalam PPV, syarikat vendor akan diberikan latihan, teknikal dan khidmat nasihat serta pembangunan penyelidikan melalui Program Pembangunan Kapasiti Vendor Bumiputera (PKKV) serta Geran Penyelidikan dan Pengkomersialan Vendor Bumiputera (GPPV) yang disediakan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11).

Bagi tujuan itu, sebanyak RM61 juta diperuntukkan kepada MITI bagi membantu syarikat vendor Bumiputera untuk mencapai tahap daya saing yang membolehkan mereka bersaing di pasaran terbuka dan seterusnya Dunia.

Dua lagi syarikat laksana Program Pembangunan Vendor

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *