18401887_1417223348300677_8608720629511262363_o.jpg

Dua Markas Pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia Barat dan Timur

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bangunkan keupayaan strategik Network Centric Operations (NCO) meliputi ruang angkasa dan siber.

Keupayaan mengawal ruang angkasa dan siber, Adalah aspek penting dalam Command and Control Angkatan Tentera Malaysia.

NC Op ATM meningkatkan kepantasan menyampaikan arahan. Membolehkan koloborasi dan sinkronasi antara TD, TUDM dan TLDM. X-band Sat Comm memastikan network ini Robust dan sukar di lumpuhkan dan di intip. Meningkatkan situational awareness pada keseluruhan formasi.

Transponder x Band ini membolehkan Angkatan tentera maju ke era baru pertahanan Network Centric. X Band satelit yang di operasikan oleh Pusat Komunikasi Satelit di Paya Jaras Menyodorkan keupayaan baru untuk Tentera Darat, TUDM dan TLDM untuk berkomunikasi secara terus dan selamat menggunakan dedicated voice, data, air traffic control dan komunikasi video diantara kapal2 TLDM dan pesawat2 TUDM dan juga aset2 tempur tentera darat Malaysia.

Keupayaan ini jugalah yang membolehkan Malaysia Barat dan
Timur diperintah oleh dua pemerintahan yang berbeza.

Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM kini boleh berhubung dengan Markas Wilayah Udara 2 TUDM dan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat dengan mudah malah boleh mencari setiap aset laut darat dan udara yang di aturgerak didalam rangkaian network dengan mudah.

Bila digabungkan dengan GPS, data2 pesawat dan kapal2 di transmit secara berterusan kepada markas masing2 walaupun aset2 itu berada terlalu jauh dari pusat pemerintahan.

Semasa perlancaran NCO Phase 1 Alpha, Angkatan Tentera Malaysia melakukan Demonstrasi yang sebelum ini agak mustahil di laksanakan,

Sebuah pesawat musuh mendekati ZEE Malaysia di luar dari payung pengesanan radar TUDM. Ia memiliki misi dengan niat menguji pertahanan udara negara. Walaupun begitu kauh di tengah laut sebuah kapal frigat TLDM sedang meronda dan dalam masa singkat pesawat tersebut berjaya di kesan oleh frigat TLDM. Maklumat tersebut di kongsi kedalam sistem Network Centric dan pesawat musuh di paparkan kedalam paparan radar TUDM, wlaupun TUDM belum mengesan lagi pesawat itu. Dengan pantas TUDM melancarkan pesawat pemintas bagi melakukan pemintasan lebih awal dari yang sepatutnya.

Full spectrum Dominance dalam NCO bermaksud penguasaan penuh Informasi dan juga operasi menidakkan informasi kepada musuh

Shared awareness and self synchronization bermakna kesemua komander dalam setiap level dari Division sehinggalah yang paling bawah platun dan seksyen boleh Menciptakan keputusan dengan lebih pantas dan efisyen dan dalam masa yang sama merancang untuk mengurangkan, mengelirukan, memusnahkan atau melambatkan informasi mengenai pasukan sahabat dari sampai ke tangan musuh.

Mengapa sistem ATM di panggil Network Centric Operation dan bukan Network Centric Warfare? kerana NCO bukan sahaja di guna semasa perang malah operations other than war (OOTW) seperti bantuan kemanusiaan atau peace enforcement.. malah keupayaan melaksanakan latihan dan eksesais juga dapat di tingkat kan.

Secara asasnya dalam NCO setiap individual Unit akan di lengkapi sistem yang sama dan link kedalam battle awareness yang sama dengan keseluruhan pasukan sahabat. Sebanyak mana maklumat perlu di kongsi terserah kepada budi bicara komander2 bagi melicinkan perjalanan operasi.

Unit2 yang berbeza boleh mencari dan memusnahkan musuh yang di kesan oleh unit lain yang berbeza.

Komander boleh menghadkan berapa banyak maklumat yang perlu di kongsikan dan pasukan NCO akan memastikan hanya maklumat yang perlu sahaja di paparkan pada BMS unit2 tersebut.. tetapi Unit2 boleh mengakses maklumat2 lain dengan mudah melalui network yang sama jika dia memerlukannya.

Platform-Centric Shooters

Level of awareness biasanya sangat sufficient dari segi kualiti untuk vector satu unit tempur ke dalam engagement zone, tetapi kadang2 timbul situasi di mana berlaku incompatibility dimana aset atau senjata itu Tak berupaya untuk memusnahkan musuh. Maka unit yang asalnya yang berjaya mengesan musuh bukan sahaja berkongsi awareness mengenai kedudukan musuh, malah boleh vector unit2 lain yang lebih mampu untuk memusnahkan musuh tersebut.

Pemerintahan Barat dan Timur

Kita semua tau Malaysia barat dan timur di pisahkan oleh lautan. Ini Adalah masalah yang besar, dari segi logistik dan comand and control.

Dengan keupayaan NCO maka sekarang dua pusat pemerintahan angkatan tentera boleh di tubuhkan yang mana independent dan boleh berdiri sendiri.

Kita sentuh kesemuanya TLDM, TUDM dan TDM

Tentera Darat Malaysia

Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat atau lebih dikenali sebagai Pemerintahan Medan Timur (PMT) Adalah Keliru sebuah organisasi pemerintahan utama Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak. Ia pada awalnya dikenali sebagai Pemerintahan Wilayah Timur (PWT) Tentera Darat namun ditukarkan kepada Pemerintahan Medan Timur dan pemerintahnya dikenali sebagai Panglima Medan Timur (berpangkat jeneral tiga bintang).

Penubuhan markas Pemerintahan Wilayah Timur bertujuan memperkasakan kesiapsiagaan Tentera Darat di negeri Sarawak dan Sabah.

Markas ini menaungi dua ketumbukan utama iaitu Divisyen Pertama Infantri (1 Div) di Kuching dan sebuah divisyen baharu, iaitu Divisyen Ke-5 Infantri (5 Div) di Kota Kinabalu, Sabah.

Bagi tujuan itu juga, dua pasukan baharu telah diwujudkan di wilayah ini termasuk Briged Sempadan bagi mengawasi sempadan daratan kedua-dua negeri yang panjangnya kira-kira 2,000 kilometer.

Pemerintahan Wilayah Timur telah ditubuhkan pada 1 Mac 2014 bersama sebuah pasukan bertindak iaitu Task Force 450 (TF 450).

Pasukan bertindak ini Adalah nukleus penubuhan Divisyen Ke-5 Infantri di Kota Kinabalu Sabah yang diumumkan pada Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-81. Penubuhan formasi ini Adalah pendekatan jangka pendek Tentera Darat ke arah memperkukuhkan pertahanan dan keselamatan di Wilayah Timur meliputi Sarawak dan Sabah

Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat atau dikenali sebagai Pemerintahan Medan Barat (PMB) Adalah Keliru sebuah organisasi pemerintahan utama Tentera Darat Malaysia yang berpangkalan di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Sebelum tahun 2015, formasi ini lebih terkenal dengan nama Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat namun telah ditukar selepas tertubuhnya Markas Pemerintahan Medan Timur hasil daripada penstrukturan semula Tentera Darat

Markas ini menaungi tiga ketumbukan utama iaitu Divisyen Ke-2 Infantri (2 Div) di Kem Tun Razak Nusa Pinang (mengawal wilayah utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia), Divisyen Ke-3 Infantri (3 Div) di Kem Terendak (mengawal wilayah selatan Semenanjung) dan Divisyen Ke-4 Infantri (4 Div) di Kem Wardieburn Kuala Lumpur (mengawal wilayah tengah Semenanjung). Pemerintah markas ini dikenali sebagai Panglima Medan Barat (berpangkat jeneral tiga bintang).

Tentera Laut DiRaja Malaysia

Markas Pemerintahan Armada Timur, Barat ditubuh

Penubuhan Markas PemeĀ­rintahan Armada Timur dan Armada Barat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilihat sebagai satu keperluan penting dan kritikal bagi memastikan kedaulatan di kawasan perairan negara sentiasa terpelihara.

Sebelum ini, penugasan operasi di kawasan perairan Semenanjung, Sabah dan Sarawak hanya dilaksanakan serta dipantau di Markas Pemerintahan Armada yang berpangkalan di TLDM Lumut, Perak (sekarang Markas Pemerintahan Armada Barat).

Melalui pelaksanaan sistem pemerintahan dua wilayah ini, penugasan operasi di perairan Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan di MarĀ­kas Pemerintahan Armada Timur yang berpangkalan di TLDM Teluk Sepanggar di sini manakala operasi di kawasan perairan Semenanjung kekal di Pangkalan TLDM Lumut.

Tentera Udara DiRaja Malaysia

Penubuhan Markas Wilayah Udara 1 di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Markas Wilayah Udara 2 di Labuan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),

Tiada berita rasmi mengenai Markas Wilayah Udara 1 dan 2. Namun kedua2 wilayah pemerintahan udara ini telah pun operasional.

Markas Wilayah Udara 1 bertanggungjawab mempertahankan ruang udara di semenanjung, manakala Markas Wilayah Udara 2 mempertahankan ruang udara Sabah dan Sarawak.

Dengan penempatan kekal skuadron ke 6 ke Labuan bermakna Sabah dan Sarawak kini memiliki satu skuadron jet pejuang / pemintas / penyerang ringan.

Program upgrade pesawat Hawk meningkat kan keupayaan TUDM menyokong operasi mempertahankan Sabah dan Sarawak.

Kesimpulan

Dengan adanya dua pemerintahan timur dan barat bermakna aturgerak yang lebih balance dan teratur. Dulu kesukaran command and control di sebabkan halangan fizikal yang memisahkan Malaysia Barat dan Timur kini dapat di atasi dengan keupayaan Network Centric.

Seperti yang kita tau aset2 armor telah pun di aturgerak ke Sabah dalam menyokong pertahanan Sabah. Jadi pertahanan Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih seimbang dengan perletakkan aset pesawat pejuang dan juga kapal2.

Sistem pertahanan udara Starstreak juga telahpun operasional di Sabah bagi mempertahankan base Sepanggar.

MMP

Dua Markas Pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia Barat dan Timur

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *