remukteruk1.transformed.jpg

Dua maut nahas di LPT2

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

CHUKAI: Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 258 Lebuhraya Pantai Timur 2 di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 2.50 pagi berhampiran Plaza Tol Jabor itu mengorbankan Mohamad Zaiful Azlan Embong, 33, dan Mohamad Nazrul Afda Mat Amin , 21. 

Dua sahabat yang berasal dari Marang itu dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuantan. 

Kemalangan dipercayai berlaku Bila kereta dipandu Mohamad Zaiful hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang di sebelah kiri lebuh raya. 

KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 258 Lebuhraya Pantai Timur 2 di Chukai, awal pagi tadi. – Foto Rosli Ilham

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi berkata, kemalangan berlaku di laluan lurus, manakala keadaan jalan ketika itu basah kerana hujan. 

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta berkenaan remuk teruk, manakala enjin kereta terbabit tercampak ke atas jalan. 

“Pemandu kereta itu turut tercampak keluar sejauh beberapa meter, manakala rakannya pula tersepit di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya.

Mohd Said berkata, enam anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan. 

“Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dua maut nahas di LPT2

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *