storm-o_BHfield_image_listing_featured.var_1555644282.jpg

Dua wanita pertama skuad elit STORM JBPM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MARANG: Berlari sejauh tujuh kilometer (km) dalam masa 40 minit sambil mengalas pelbagai peralatan seberat lebih 40 kilogram (kg) serta berlari membawa hos 20kg antara yang dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Malah, mereka juga perlu melakukan latihan bangun tubi, mendagu dan melompat jauh secara berdiri antara cabaran lain yang perlu ditempuhi termasuk kakitangan wanita sebelum melayakkan mereka menyertai Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), pasukan itu.

Perkara sama turut berjaya dilakukan Melisa Canda anak Jawan, 26, dan Nurfatin Nadia Jamain, 24, sehingga kedua-duanya dipilih sebagai wanita pertama negara menyertai STORM.

Melisa yang berasal dari Sibu, Sarawak, kini bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, terpaksa menangguhkan hasrat berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga dengan Anthony Ging, 43, Jun tahun lalu demi mengejar cita-cita menjadi anggota STORM.

Katanya, kekuatan mental dan fizikal serta semangat setia kawan bersama-sama pelatih lelaki sepanjang menjalani latihan selama 14 hari antara cabaran terpaksa ditempuhi, termasuk latihan ikhtiar hidup dalam hutan dan paya.

Antara mereka yang ditauliahkan menjadi anggota STORM pada Majlis Penutupan Kursus Khas STORM siri 1/2019 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, baru-baru ini. – NSTP/Rozainah Zakaria

Bukti wanita mampu

Beliau berkata, dorongan suami yang kini bertugas sebagai pegawai di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sungai Ruam, Raub, Pahang, serta keluarga juga dijadikan azimat menguatkan semangat sepanjang menyertai latihan.

“Walaupun bersaing dengan 423 pelatih lelaki dan terpaksa berkorban termasuk menangguhkan hasrat berbulan madu dan berjauhan dengan suami, tetapi lencana STORM dilekatkan pada bahu kanan membuktikan wanita mampu melaksanakan tugas yang sebelum ini digalas lelaki,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis penutup dan pemakaian lencana disempurnakan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin sempena majlis penutup khas kursus STORM di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, di sini, baru-baru ini.

Melisa dan Nurfatin Nadia dinobatkan wanita pertama di JBPM berjaya menyertai pasukan STORM yang ditubuhkan JBPM sejak 2008.

Sementara itu, Nurfatin Nadia yang kini bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur, berkata ujian lain perlu dilepasi setiap calon.

Nurfatin Nadia (kiri) dan Melisa Canda dinobatkan sebagai wanita pertama di JBPM berjaya menyertai pasukan STORM. – NSTP/Rozainah Zakaria

Antaranya, berlari secara berulang-alik sejauh 10 meter dan 2.4km serta perlu mendapat markah lulus minimum C+18 mengikut skim pemarkahan ditetapkan.

“Walaupun ramai beranggapan Tak mudah wanita menyertai pasukan STORM, tetapi berkat kerjasama semua termasuk pelatih lelaki, saya dan Melisa membuktikan tanggungjawab yang selama ini terpaksa digalas lelaki, mampu dilakukan golongan itu.

“Persediaan mental dan fizikal serta semangat bekerjasama perlu diterapkan sepanjang latihan. Alhamdulillah impian saya menjadi anggota pasukan STORM selepas berjaya menjalani latihan lasak dimakbulkan,” katanya.

Nurfatin Nadia menyarankan pegawai dan anggota bomba wanita di seluruh negara menyertai pasukan elit STORM JBPM.

Dua wanita pertama skuad elit STORM JBPM

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *