tv9_1485867580.jpg

Dunia beri gambaran berbeza

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

 Stesen televisyen TV9 memperkenalkan berita antarabangsa Dunia yang mengetengahkan isu semasa di Asia dan negara Islam Berawal Dari Jumaat ini, jam 11 malam.

Pengarah Eksekutif Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali berkata, konsep sedemikian memberi peluang kepada penonton mendapatkan gambaran peristiwa luar negara berbeza daripada laporan agensi berita Barat.

“Dunia turut memaparkan berita dari agensi berita Asia dan Timur Tengah seperti Palestine TV, Xinhua serta dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antarabangsa yang bersifat neutral di lokasi,” katanya.

Menurutnya, laporan berita dari negara Asia dan Timur Tengah difokuskan kerana lebih dekat dengan budaya serta agama di Malaysia.

“Terdapat ramai warga Indonesia dan Bangladesh menetap di Malaysia dan paparan berita dari negara terbabit memberi kesan kepada mereka,” katanya.

Wan Sabariah berkata, selain isu semasa, Dunia turut menyampaikan berita hiburan luar negara termasuk berita tular di media sosial.

“Pada masa sama, bagi mendapatkan gambaran jelas isu, program ini turut menampilkan tetamu antarabangsa dan menghubungi wakil Malaysia di luar negara,” katanya.

Dunia menampilkan dua penyampai berita muda berpengalaman iaitu Tunku Nashrul Tunku Abaidah dan Nur Affiza Azmi.

Dunia beri gambaran berbeza

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *