24nelofa.transformed.jpg

Duta TN50 tanda cinta saya buat Malaysia – Neelofa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pelakon dan pengacara tempatan Noor Neelofa Mohd Noor ketika sidang media pada taklimat khas media untuk memperkenalkan Duta Belia Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Kuala Lumpur hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, meminta pelantikannya sebagai duta belia Transformasi Nasional (TN50) seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin, Tak dipolitikkan mana-mana pihak.

Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 berusia 28 tahun itu berkata, pelantikan berkenaan perlu dilihat dari perspektif lebih meluas.

Tegas Neelofa, kesediaannya melaksanakan tanggungjawab terbabit disebabkan keinginan memandang Malaysia terus maju, sekali gus memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Tak perlu kaitkan TN50 dengan politik kerana agenda itu melangkaui pemahaman atau pun perbezaan politik. TN50 ialah proses untuk kita merangka hala tuju negara dalam masa 30 tahun akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bergambar bersama Duta Belia Transformasi 2050 (TN50) yang baru diperkenalkan selepas taklimat khas media hari ini.Kelihatan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor (duduk dua, kiri) dan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Izhar Ariff (belakang, tengah). – Foto BERNAMA

“Tak perlu kaitkan Lofa dengan mana-mana parti politik kerana apa yang dilakukan untuk TN50 Adalah soal tanggungjawab sosial Lofa sebagai belia yang cinta dan sayangkan negara,” kata wanita yang membahasakan dirinya sebagai Lofa itu kepada BH Online.

Berikutan peluang sudah terbentang di depan mata, selebriti yang mempunyai pengikut berjumlah hampir lima juta orang di Instagram itu berkata, beliau mempunyai banyak idea untuk diketengahkan, terutama soal wanita dan pendidikan.

Katanya, dua elemen berkenaan penting dalam pembangunan sesebuah negara.

“Lofa mahu menggalakkan lebih ramai golongan wanita berani menceburi bidang perniagaan atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi majikan kepada diri sendiri. Lofa dapat lihat, jumlah wanita yang menceburi bidang bisnes sangat kurang.

“Selain itu, Lofa juga mahu mengetengahkan idea pendidikan tanpa sempadan. Jadikan sistem pendidikan kita lebih menyeluruh dan Keseluruhan dari segi teori serta praktikal,” katanya yang turut memenangi trofi Seniman Berpengaruh Di Laman Sosial pada ABPBH edisi ke-30 baru-baru ini.

Turut dilantik sebagai duta belia baharu TN50 ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Arthur Joseph Kurup; penggiat seni muzik Iban di Sarawak, Gabriel Fairuz Louis; Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Izhar Ariff; Pengurus Eksekutif (Operasi) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha; serta Pengasas dan Pengarah Urusan JuaraGym, Ben Uzair.

Empat lagi ialah penerima Young Guns Art Awards Kuala Lumpur 2017, Anniketyni Madian; usahawan dalam bidang pembangunan tenaga kerja dan pendidikan profesional, Dr. Juliana Alut Lim; Pengasas sukarelawan Help Somebody, Dr Esther Michael; dan sukarelawan NGO Reef Check, Nadhirah Mohd Rifai.

Pelantikan itu menjadikan TN50 kini memiliki 23 duta belia yang berjaya dalam bidang masing-masing, selepas 13 individu dipilih bulan lalu.

Duta TN50 tanda cinta saya buat Malaysia – Neelofa

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *