17rodrigo.transformed.jpg

Duterte sahkan anak pemimpin MNLF ditahan di Malaysia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Presiden Rodrigo Duterte menunjukkan gambar Datu Mohammad Abduljabbar Sema, anak lelaki bekas Datuk Bandar Cotabato dan pemimpin MNLF, Muslimin Sema yang ditahan. – Foto ABS-CBN News

DAVAO CITY: Presiden Rodrigo Duterte mengesahkan penahanan anak lelaki seorang pemimpin Barisan Pembebasan Hadapan Moro (MNLF) di Malaysia kerana didakwa terbabit dalam letupan maut, mengorbankan 15 orang serta mencederakan 70 lain di pasar malam di sini.

Datu Mohammad Abduljabbar Sema, anak lelaki bekas Datuk Bandar Cotabato dan pemimpin MNLF, Muslimin Sema serta anggota kongres wanita Maguindanao, Bai Sandra Sema, ditahan di Malaysia, kata Duterte kepada Pakar perniagaan di sini lewat Ahad lalu.

Duterte Tak menjelaskan pembabitan Sema, 26, dalam letupan Davao 2 September lalu, namun mengaitkannya dengan kumpulan pengganas Maute.

“Anggota Maute (terbabit dalam pengeboman), mereka semua sudah ditahan. Seorang daripadanya Adalah anak lelaki Sema, datuk bandar Cotabato. Dia kini ditahan di Malaysia,” katanya.

Kumpulan pengganas Maute dipersalahkan atas letupan pasar malam Davao, dan kepungan di bandar Butig di Lao del Sur pada November.

Tujuh suspek lain diserbu polis dalam kaitan pengeboman di sini.

Penahanan Sema, seorang ulama, kali pertama dilaporkan organisasi berita bebas VERA Files. Laporan VERA berkata, Sema, 26, ditahan 24 November lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya dari Bangkok.

Alasan perundangan untuk penahanan Sema di Malaysia bagaimanapun Tak jelas.

Pihak berkuasa Filipina dikatakan menghantar wakil penguat kuasa undang-undangnya ke Malaysia Disember lalu untuk menguruskan perkara itu. -Agensi

Duterte sahkan anak pemimpin MNLF ditahan di Malaysia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *