seu.jpg.transformed.jpg

ECERDC dicalon Anugerah Program Transformasi Ekonomi Terbaik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DATUK Seri Jebasingam Issace John. – Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dicalonkan bagi Program Transformasi Ekonomi Terbaik oleh jawatankuasa Anugerah Tadbir Urus Baik Dunia (3G) 2017.

Anugerah 3G, dianjurkan oleh sebuah pertubuhan di United Kingdom, Cambridge IF Analytica, diberikan kepada kerajaan, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan atas kecemerlangan dalam ketelusan, tadbir urus yang baik dan tanggungjawab sosial.

Dalam kenyataan hari ini, ECERDC berkata, anugerah berdasarkan kepada kad skor dengan lima teras utama – ketelusan, tanggungjawab sosial, kemampanan, impak dan Penemuan.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John, berkata hasil yang positif, terutama dari segi peluang pekerjaan dan keusahawanan yang baik, telah membawa ECER pada landasan yang betul untuk menjadi sebuah wilayah maju menjelang 2020.

Katanya, pencalonan untuk anugerah itu pada tahun ini Adalah satu pencapaian berikutan hanya empat program transformasi ekonomi di seluruh dunia disenarai pendek oleh jawatankuasa pemilihan.

“Pada 2016, beberapa penerima utama termasuk Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki, untuk Anugerah Kepimpinan 3G bagi Kerajaan dan Politik manakala Program Transformasi Negara Malaysia, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), dianugerahkan Program Pembaharuan Sektor Awam Terbaik 3G,” katanya.

Pemenang utama lain dari Malaysia pada 2016 termasuk PERMATA bagi Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G dan Agrobank bagi Anugerah Perkhidmatan Kewangan 3G, katanya.

“Undian Dunia sedang dijalankan untuk memilih pemenang bagi anugerah berprestij ini,” menurut ECERDC.

Jebasingam berkata, undian dalam talian kini berlangsung sehingga 20 Februari 2017.

ECERDC menggalakkan orang ramai melayari http://cambridge-ifa.net/events/3g_awards/3g_polls.php untuk mengundi dan memberi sokongan kepada usahanya dalam membawa transformasi ke wilayah ini. – BERNAMA

Info

* ECER tarik pelaburan swasta RM13.5 bilion pada 2016, atasi sasaran RM12 bilion yang ditetapkan bagi 2016.

* Sehingga pada 31 Disember 2016, pelaburan swasta ECER berjumlah RM101.0 bilion atau 91.8 peratus daripada sasaran pelaburan sebanyak RM110 bilion menjelang 2020

* Pertumbuhan pesat ECER mewujudkan banyak lebih 130,000 peluang pekerjaan baharu dan 23,000 usahawan

* Lebih 60,000 orang di kawasan bandar dan luar bandar di ECER meraih manfaat daripada pembangunan modal insan serta program pembasmian kemiskinan

ECERDC dicalon Anugerah Program Transformasi Ekonomi Terbaik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *