image28329.jpg

Edika Yusof yang masih kacak pada usia 50 tahun!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Berkongsi mengenai pengalamannya kembali ke set penggambaran sejak sekian lama, model tinggi lampai itu mengakui rasa gementar, apatah lagi kali terakhirnya beraksi di depan lensa menerusi filem blockbuster, Maria Mariana pada tahun 1996.

“Rasa gugup juga. Maklumlah saya sudah lama Tak berlakon. Apa pun, saya nak rakamkan ucapan terima kasih buat pengarah yang juga rakan saya, Datuk Shah Rezza kerana memberi peluang untuk kembali aktif berlakon dalam Permata Hati.

“Kalau nak diikutkan, impian berlakon itu sudah pun ada sejak dulu. Akan Tetapi memandangkan saya perlu jaga isteri, Nuhidayah Yusri, 38, yang mengalami masalah lumpuh lebih 13 tahun lalu, hasrat tersebut terpaksa saya lupakan seketika.

“Pun begitu , kerana memahami akan situasi tersebut, pihak produksi memberi kelonggaran buat saya untuk memilih tarikh dan masa sesuai untuk ke set penggambaran. Lalu ia jadi lebih mudah. Alhamdulillah, pada usia 50 tahun kini, peluang untuk kembali ke industri seni masih terbuka luas,” katanya lagi.

Terdahulu, Edika sedia dikenali sebagai antara model lelaki Malaysia paling sukses, dengan berlakon lebih 50 iklan komersial dan peragaan termasuk di Singapura, Milan dan Perancis.

Edika Yusof yang masih kacak pada usia 50 tahun!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *