1479983940_image28729.jpg

Ekin Kamarudin belajar jadi yang terbaik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENYIFATKAN laluannya di dalam dunia lakonan tempatan sebagai percaturan terbaik, Ekin Kamarudin atau nama sebenarnya, Nor Asikin Kamarudin, 27, optimis untuk melakukan yang terbaik.

Andai teman seangkatan perlu melalui pelbagai kesukaran untuk bergelar pelakon, rezekinya pula terbuka luas.

Menjadikan lakonan sebagai kerjayanya setelah muncul dalam sebuah program realiti, Gadis M2 beberapa tahun lalu, Ekin jitu menyusun strategi.

Usai pertandingan tersebut, dia terus dilamar Suhan Movies untuk beraksi di dalam drama terbitan mereka.

“Drama pertama saya berjudul Kalau Itu Takdirnya, bergandingan dengan Zarihil Adzim dan Shera Ayob. Biarpun hanya sebagai watak pembantu, namun saya anggap itu sebagai penanda aras untuk terus cuba kekal dalam bidang yang saya minati sekarang.

“Alhamdulillah, setakat ini kehadiran saya diterima dan selepas drama tersebut, saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk berlakon di dalam drama Kalau Hati Berbicara untuk siaran TV3 di samping Raja Ilya Tak lama dulu.

“Syukur dengan tuah dan rezeki yang hadir. Saya sendiri masih baru dan pastinya, saya Tak kisah andai perlu beraksi sebagai watak esktra sekalipun. Saya anggap ia sebagai suatu proses pembelajaran untuk mematangkan diri,” katanya lagi.

Tak mahu dilabel hadir dalam dunia seni hanya bersandarkan paras fizikal semata, anak kelahiran Pahang ini berjanji untuk terus belajar demi memastikan kualiti lakonan yang dipersembahkan diterima ramai.

“Seperti yang saya katakan, saya masih lagi ‘hijau’ dan tentunya, saya masih mencari pengalaman dan belajar skil lakonan dari kru dan pelakon senior tiap kali berada di set penggambaran.

“Tak perlu malu untuk belajar kerana bagi saya jika enggan bertanya, sampai bila kita akan maju ke depan,” terang Ekin yang Akan muncul di dalam drama berjudul Arluna untuk siaran Astro Ria Tak lama lagi.

Pada masa sama, Ekin turut terharu kerana baru saja dilamar oleh pihak Dunia Station untuk berlakon di dalam drama mereka sebanyak 150 episod. Penggambarannya akan bermula dalam waktu terdekat.

Kagumi Fauziah Nawi, Ellie Suriati

Berkongsi mengenai idolanya di dalam sisi lakonan pula, anak ketujuh dari sembilan beradik itu memberitahu, dia kagum dengan pesona yang ditampilkan pelakon senior Fauziah Nawi dan Ellie Suriati.

Tambahnya, mereka Adalah antara figura seni yang versatil selain mampu Menyodorkan jiwa di dalam apa sahaja watak yang diberikan.

“Saya jadikan mereka idola kerana selain kualiti lakonan yang dipersembahkan, keduanya juga punya karakter tersendiri setiap kali membawa sesebuah watak. Tampak real sehingga kita boleh anggap peranannya itu betul-betul wujud.

“Mereka juga Tak hanya berpaksikan kepada kisah sensasi untuk dikenali. Cukup dengan persembahan lakonan, ia sudah cukup membuatkan mereka dikenali, Sampai berada di posisi tersendiri di dalam dunia seni lakon Malaysia,” akhiri Ekin yang pada masa turut aktif berniaga produk kecantikan secara dalam talian selain menguruskan spa kecantikan bersama adiknya di Melaka.

Ekin Kamarudin belajar jadi yang terbaik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *