06zahie.transformed.jpg

Ekspatriat India dikecualikan visa ke Malaysia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama sebahagian warga Malaysia setibanya di hotel penginapannya sempena Lawatan Kerja hari ini. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar (kanan). – Foto BERNAMA

DOHA: Kabinet memutuskan warga India daripada kalangan golongan Pakar perniagaan, profesional dan teknikal, yang bekerja di luar negara mereka, diberi pengecualian visa untuk melancong ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu Adalah sebagai lanjutan kepada pengecualian sama yang diberikan kepada pelancong dari India.

Katanya, kemudahan itu membolehkan warga India daripada golongan Pakar perniagaan, profesional dan teknikal yang bekerja di negara lain seperti Qatar, melancong ke Malaysia.

“Di Qatar, terdapat kira-kira 500,000 golongan Pakar perniagaan, profesional dan teknikal yang boleh digalakkan melancong ke Malaysia,” katanya di sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zahid kini dalam lawatan kerja ke Qatar dengan program hari ini ialah melakukan kunjungan hormat terhadap Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

Beliau kemudian akan berjumpa Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa al Thani, di pejabatnya di sini, diikuti jamuan Santap tengah hari rasmi di situ.

Pada malam, Ahmad Zahid akan menghadiri majlis Santap malam bersama rakyat Malaysia di Qatar di sebuah hotel di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perluasan kemudahan pengecualian visa itu membolehkan warga India berkenaan di Qatar melancong ke Malaysia pada cuti panjang musim panas atau pada cuti perayaan tertentu.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tetap memberi keutamaan kepada aspek keselamatan walaupun memberi pengecualian itu.

Ekspatriat India dikecualikan visa ke Malaysia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *