emmaayah01.transformed.jpg

Emma Maembong rindu leteran ayah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

EMMA meminta semua pihak mendoakan kesihatan ayahnya pulih seperti biasa.

KUALA LUMPUR: Insiden bapanya cedera parah ditetak berulang kali pada tangan dan kepala selepas bergelut dengan perompak pada petang kelmarin memberi kesan mendalam kepada pelakon, Emma Maembong.

Menerusi beberapa gambar bersama bapanya, Ismail Maembong, 68, yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail, 24, memohon semua pihak supaya mendoakan kesihatan wiranya itu kembali pulih.

“Ayoh Senang beleber (berleter) setiap saat dan masa. Selalu buat Emma senyum Bila sedih, selalu buat Emma ketawa ketika menangis.

“Kepada semua yang bertanya mengenai kesihatan ayoh, Alhamdulillah, ayoh semakin stabil dan sihat. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk ayoh.

“Semoga ayoh kembali sihat seperti biasa dan boleh beleber kembali. Terima kasih semua,” luah Emma menerusi video yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Dalam kejadian samun di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) itu, bapa Emma yang juga pelukis disegani mengalami kecederaan serius selain kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit.

Emma Maembong rindu leteran ayah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *