28feb-kkks.transformed.jpg

Empat ditikam, 13 ditahan dalam rali Ku Klux Klan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PENUNJUK perasaan melakukan bantahan di Anaheim, California, semalam. – Foto Reuters

ANAHEIM, California: Empat ditikam, seorang daripadanya parah dalam satu pergaduhan pada Sabtu antara anggota Ku Klux Klan (KKK) dan penunjuk perasaan menentang kumpulan itu di sini, kata polis.

Seramai 13 orang ditangkap berikut huru-hara itu, termasuk seorang Pakar Klan yang dituduh menikam penunjuk perasaan menggunakan tiang bendera, kata Polis Anaheim, Sarjan Daron Wyatt.

Beberapa penunjuk perasaan juga ditahan selepas memukul Pakar KKK, kata Wyatt.

Wyatt berkata, perbalahan berlaku sebaik saja beberapa Pakar Klan tiba di taman kira-kira 1.6 kilometer ke utara Disneyland, untuk menghadiri satu perhimpunan yang dirancang di sana.

“Sebaik saja mereka keluar dari kenderaan, dengan serta merta mereka diserang penunjuk perasaan dan ini menyebabkan huru-hara di situ,” katanya.

Wyatt berkata, empat orang cedera dalam pergaduhan seterusnya. Mangsa yang cedera parah ditikam dengan tiang bendera dan dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal.

Baru-baru ini AS gempar Bila seorang bekas pemimpin KKK, David Duke, menyatakan sokongan terhadap Donald Trump untuk pencalonan presiden Republikan.

Trump menolak sokongan Duke, malah menghalau seorang penyokong dari perhimpunan kempennya pada Jumaat lalu kerana memakai baju tertulis “KKK menyokong Trump” di Oklahoma. – Reuters

Empat ditikam, 13 ditahan dalam rali Ku Klux Klan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *