14end.transformed.jpg

Endress+Hauser yakini pasaran Malaysia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DATUK Azman Mahmud (dua kanan) merasmikan bangunan Pusat Perkhidmatan Pelanggan dan Latihan Endress+Hauser, Seksyen U8, Bukit Jelutong. Turut hadir Duta Switzerland Malaysia Micheal Winzap (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Endress+Hauser Matthias Altendorf (kiri), Pengarah Urusan Endress+Hauser Malaysia Chow Mun Kong (tiga kanan).- Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Endress+Hauser (EH), syarikat berpusat di Switzerland, melabur 4.5 juta euro (RM22.06 juta) bagi membangunkan pusat perkhidmatan pelanggan dan latihan baharu di Shah Alam.

Pembukaan pusat baharu itu sejajar dengan prestasi kukuh syarikat itu sepanjang beroperasi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EH, Matthias Altendorf, berkata pusat perkhidmatan dan latihan baharu itu membuktikan komitmen syarikat untuk mengukuhkan perniagaan di pasaran tempatan, sekali gus beralih ke arah digitalisasi dan internet kebendaan (IoT).

“Malaysia dianggap hab utama untuk proses automasi di Asia Tenggara, lengkap dengan pasaran teguh dan dinamik.

“Justeru, EH kekal yakin dengan pertumbuhan positif di rantau ini dan akan terus berusaha untuk cemerlang dalam industri,” katanya pada majlis pelancaran pusat berkenaan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud; Duta Switzerland ke Malaysia, Michael Winzap; Pengarah Jualan Korporat Asia Pasifik Kumpulan EH, Tony Jacobsen dan Pengarah Urusan EH Malaysia, Chow Mun Kong.

INFO

* EH Adalah peneraju Dunia dalam bidang peralatan pengukuran, perkhidmatan dan solusi bagi kejuruteraan industri proses.

* EH bertapak di Malaysia pada 1989

Endress+Hauser yakini pasaran Malaysia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *