12dimitris.transformed.jpg

EU umum langkah lindungi pendatang kanak-kanak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pesuruhjaya Pelarian Eropah, Dimitris Avramopoulus.

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan langkah perlindungan lebih baik ke atas pendatang kanak-kanak termasuk mengelak menempatkan mereka di pusat tahanan.

Keputusan itu mendapat sokongan padu kumpulan perlindungan kanak-kanak yang turut melahirkan harapan memandang ia dikuatkuasakan segera.

Pesuruhjaya Pelarian Eropah, Dimitris Avramopoulus dalam sidang media berkata, satu daripada tiga pemohon suaka politik di Eropah daripada kanak-kanak dan amat memerlukan perlindungan menyeluruh pihak berkuasa.

“Kita perlu memastikan mereka Tak berdepan risiko penderaan, Tak dijadikan mangsa Pendayagunaan dan Tak hilang begitu saja.

“Kita juga perlu memastikan mereka Tak terjerumus dalam aktiviti jenayah atau terjebak dengan fahaman radikal, ” katanya.

Perangkaan rasmi menunjukkan, lebih 1.2 juta permohonan suaka politik didaftar di negara EU tahun lalu manakala hampir 1.26 juta permohonan direkod pada 2015.

Suruhanjaya itu, terdiri daripada 28 negara EU berkata, semua langkah berkaitan perlu diambil bagi memastikan wujud alternatif kepada pusat tahanan untuk kanak-kanak.

Pemantau Hak Asasi Manusia September lalu melaporkan, pelarian kanak-kanak ditahan dalam keadaan daif sekurang-kurangnya sebulan manakala sebahagian daripada mereka ditahan bersama pelarian dewasa di lokap polis.

AFP

EU umum langkah lindungi pendatang kanak-kanak

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *