exonmobil.jpg.transformed.jpg

Exxon Mobil Corp labur AS$20 bilion di Pantai Teluk AS

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

HOUSTON: Exxon Mobil Corp, pengeluar minyak terbesar di dunia yang diniagakan secara awam berkata, ia akan melabur AS$20 bilion (RM94.08) sehingga tahun 2020 untuk mengembangkan loji kimia dan penapisan minyak di Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS)

Pelaburan di 11 lapangan minyak itu akan mencipta 35,000 pekerjaan sementara dalam bidang pembinaan dan 12,000 pekerjaan tetap, kata Ketua Eksekutifnya, Darren Woods, ketika berucap di CERAWeek, himpunan eksekutif tenaga terbesar di dunia.

Sebahagian daripada pengembangan bermula pada tahun 2013 tetapi skop projek itu kini semakin berkembang dan tarikhnya juga telah dilanjutkan, kata Exxon.

Woods mengetuai jabatan penapisan Exxon sebelum menjadi Ketua Eksekutif dua bulan lalu, manakala perbelanjaan baharu itu akan memanfaatkan sektor yang mana beliau memiliki pengalaman dan keserasian.

Pelaburan dalam projek margin tinggi sepatutnya membantu mengurangkan kebimbangan daripada Wall Street yang berpendapat potensi pertumbuhan Exxon terutama dalam penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas semakin merosot.

“Exxon Mobil sedang membina loji pengeluaran tenaga di sepanjang Pantai Teluk AS,” kata Woods.

“Perniagaan ini memanfaatkan revolusi syal untuk menghasilkan bahan Barah yang lebih bersih dan plastik yang lebih cekap tenaga,” katanya.

Pelaburan yang merentasi Texas dan Louisiana itu akan mendapat manfaat daripada gas syal yang Hemat untuk Menciptakan plastik dan bahan kimia lain bagi pasaran eksport.

Strategi itu dibina berpandukan kepada langkah yang dilakukan Exxon dan rakan sekutunya, Dow Chemical Co sebelum ini selaras dengan pengembangan syal AS yang telah mengurangkan kos pengeluaran dengan mendadak.

Bulan lalu, Exxon berjanji akan melonjakkan perbelanjaan pada tahun ini sehingga 16 peratus untuk operasi pengembangan, terutama dalam pengeluaran syal selepas syarikat itu merekodkan keuntungan suku tahun yang lebih baik daripada jangkaan.

Ia turut membantu meningkatkan harga minyak dan mengurangkan kos.

Presiden AS, Donald Trump, yang mengambil bekas Ketua Eksekutif Exxon, Rex Tillerson, sebagai setiausaha negara memuji pelan perbelanjaan syarikat itu dan menyifatkannya sebagai ‘kejayaan sebenar Amerika’.

Kebanyakan pekerjaan tetap dijangka akan dibayar lebih AS$100,000 (RM444,698) setiap tahun.

Ditanya sama ada Trump mengambil kredit program pelaburan yang bermula di bawah pemerintahan bekas Presiden Barack Obama pada tahun 2013 itu, jurucakap Rumah Putih, Sean Spicer, berkata Exxon menjelaskan kepada Presiden bahawa ia melabur lebih banyak di AS berikutan gesaannya bagi pengurangan peraturan dan pelepasan cukai.

Pengembangan besar-besaran itu juga akan mengambil tempat di Beaumont, Texas dengan pelan untuk mengembangkan pengeluaran polyethylene, kapasiti penapisan minyak dan eksport cecair gas asli.

Exxon juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran minyak pelincir dan berpotensi membina kilang penapisan baharu untuk mengeluarkan ethane, sejenis bahan kimia utama dalam industri pembinaan blok. – Reuters

Exxon Mobil Corp labur AS$20 bilion di Pantai Teluk AS

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail