jfgm5ntxcey340tmcxab.jpeg

Eyka Farhana Dituduh Buat Video Lucah

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

Baru-baru ini kecoh mengatakan nama pelakon Juvana telah terlibat dalam satu video klip lucah yang dikongsi melalui laman YouTube sejak Julai Lalu.

Namun, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menafikan dan  telah memuatnaik entri terbaru di laman instagram miliknya dengan menulis berang dengan kejadian penyebaran video klip tersebut.

“Melampau dan sangat memalukan Bila ada pihak Tak bertanggungjawab cuba mengaitkan saya dengan video yang sangat mengaibkan ini. Saya masih waras dan belum lagi ‘GILA’ untuk Menciptakan perkara terkutuk dan Tak bermaruah seperti ini.

“Lebih menyedihkan perkara ini ditimbulkan di saat saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak. Saya memberi amaran kepada mereka yang bersikap kurang ajar ini agar menarik kembali video mengaibkan ini dan Tak mengaitkan ia dengan diri saya.

“Jika Tak pihak pengurusan saya @mindorder Tak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Terima kasih. @mindorder @efshouters_” Tulisnya di Instagram miliknya.

Apa yang membuatnya bertambah berang Bila video lucah yang mirip wajahnya itu ditulis dengan namanya.

Tambah Eyka dia hanya menyedari video itu Bila ditanya beberapa rakan yang ingin mengetahui kesahihan perkara tersebut.

Eyka yang ditemu bual sebuah portal online untuk mengulas mengenai video lucah itu berkata wanita itu bukanlah dirinya.

Eyka Farhana Dituduh Buat Video Lucah

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail