grdw.jpg.transformed.jpg

F1: Bottas sasar 2 terbaik GP Australia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MELBOURNE: Pelumba Formula Satu (F1) Mercedes, Valtteri Bottas sedar dia perlu meningkatkan prestasinya berbanding tahun lalu jika berhasrat untuk mengekalkan ‘kerusinya’ bersama pasukan itu.

Justeru, sasarannya di perlumbaan pembuka musim Grand Prix (GP) Australia yang berlangsung, minggu ini Adalah di kedudukan dua terbaik.

Pemandu berusia 28 tahun itu hanya memenangi tiga perlumbaan pada musim lalu sekalipun berlumba untuk pasukan paling berkuasa, Mercedes di samping juara dunia, Lewis Hamilton.

Ramai pelumba sedang mengintai kerusi pelumba di Mercedes Bila kontrak Bottas berakhir tahun ini, tetapi pelumba kelahiran Finland itu mengetahui dia perlu membuktikannya dirinya bermula di Albert Park, Ahad ini.

“Saya mempunyai sasaran yang besar,” katanya. “Saya perlu cuba dan meningkatkan permainan saya dan mahu untuk memulakan musim ini dengan baik di Melbourne. 

Valtteri Bottas

“Tahun lalu, saya berada di tangga ketiga jadi sudah tentu saya mahukan lebih baik daripada itu.”

Sebelum menyertai Mercedes, rekod Bottas di Australia boleh dianggap Tak memuaskan Bila menamatkan perlumbaan di tangga ke-14, lapan dan kelima pada tiga perlumbaan terakhir bersama pasukan Williams.

Malah, dia Tak memulakan perlumbaan pada 2015 Bila mengalami kecederaan belakang ketika sesi kelayakan yang memaksanya untuk berada di hospital.

“Saya mendapati ia bukan satu daripada litar terbaik saya pada sebelum ini,” katanya. “Kamu tahu, saya sentiasa memperoleh keputusan yang bercampur aduk tetapi ia Adalah sesuatu yang saya mahu ubah.

“Saya Tak boleh lagi mendapat perlumbaan yang jelek. Saya mahu konsisten di mana saja. Jadi saya fikir ada beberapa perkara yang positif pada tahun lalu jadi harapnya saya boleh memanfaatkannya dan mendapatkan sesi kelayakan yang baik.” – AFP

F1: Bottas sasar 2 terbaik GP Australia

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *