Faizal-Tahir-Muncul-Dalam-Program-Pemuda-Pas-ROTIKAYA20150510_3571.jpg

FAIZAL 'Saya tak hilang'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

“Saya langsung Tak menduga untuk menang kategori Gita Terbaik Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22).

“Selepas selesai persembahan dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi Gita Dirgahayu, saya bergegas pulang kerana mahu menyambung kerja di pejabat,”kata Faizal Tahir, 38, mengulas mengenai ‘kehilangannya’ ketika diumumkan sebagai pemenang kategori itu menerusi Gita Sejati di AIM 22 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Faizal ketika ditemui berkata, selepas memandang urusannya di AIM 22 selesai, dia memaklumkan kepada produksi dan mereka membenarkannya pulang.

Ketiadaan Faizal untuk mengambil hadiah kategori utama itu di atas pentas membuatkan Pengerusi Industri Rakaman Malaysia (RIM), Darren Choy mewakilinya sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Malah, ucapan Darren yang juga Pengarah Urusan Warner Music Malaysia yang ‘teragak-agak’ mengatakan Faizal ‘sedang berehat’ membuatkan penonton boleh mengagak Faizal sebenarnya sudah pulang.

Bagaimanapun, Faizal yang ketika itu sudah berada di dalam kereta bergegas semula ke Dewan Merdeka selepas dihubungi seorang kaki tangan produksi memaklumkan mengenai kemenangannya itu.

Faizal akhirnya tampil pada sidang media dan meminta maaf atas kesilapannya serta mengucapkan terima kasih terhadap pemilihannya sebagai pemenang kategori ini.

“Saya dihubungi oleh mereka yang memaklumkan kemenangan ini dan seterusnya bertindak berpatah balik ke sini,”katanya.

Sebelum ini Faizal pernah beberapa kali gagal hadir pada sidang media membabitkannya termasuk ketika muncul pemenang kedua Anugerah Juara Gita 30 (AJL 30) pada 24 Januari lalu.

Bercakap mengenai kemenangannya, Faizal berkata, dia mengakui cabaran yang diberikan penyanyi lain sangat hebat.

“Semua yang hantar penyertaan dan berjaya sampai ke peringkat ini sememangnya sangat baik. Apa saja produk yang dikeluarkan oleh saya amat sesuai dengan waktu dan pada waktu saya keluarkan Gita ini, ia mampu beri impak yang positif terhadap industri muzik tanah air,” katanya.

FAIZAL 'Saya tak hilang'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *