jov24.transformed.jpg

Falcao bantu Monaco belasah Lille

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PARIS: Radamel Falcao meledak gol bagi membantu juara Perancis, Monaco menewaskan Lille 4-0 di Stade Pierre-Mauroy, sekali gus memberi tekanan buat jurulatih tuan rumah, Marcelo Bielsa.

Stevan Jovetic dan Rachid Ghezzal meletakkan Monaco di depan pada babak pertama dengan masing-masing mencipta gol pertama buat kelab itu sejak masing-masing menyertainya dari Inter Milan dan Lyon.

Falcao yang berada di tahap kecergasan terbaiknya ketika ini, menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan dua gol di babak kedua untuk menjadikan jumlah jaringan peribadinya 11 dalam saingan liga musim ini.

Monaco kini menyamai kutipan mata bersama pendahulu liga, Paris Saint-Germain yang dijadual berkunjung ke Montpellier hari ini, manakala Monaco akan mengalihkan tumpuan ke saingan Liga Juara-Juara menentang Porto, Selasa ini.

STEVAN Jovetic meledak gol pertama Monaco ketika menewaskan Lille dalam saingan Ligue 1 di Stadium Pierre-Mauroy. – Foto REUTERS

“Sekarang Adalah masa untuk bersiap sedia untuk perlawanan menentang Porto. Bagi kami, perlawanan seterusnya sentiasa menjadi keutamaan,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim. “Menang 4-0 ke atas Lille ini Adalah satu keputusan yang bagus.”

Jurulatih Lille yang baharu, Bielsa kini berada di ambang tekanan, apatah lagi anak buahnya kini masih belum mencipta sebarang kemenangan daripada enam perlawanan sejak menang ke atas Nantes pada hari pembukaan saingan.

Awal minggu ini, pengendali dari Argentina itu menegaskan yang dia Tak akan melangkah keluar daripada kelab seperti mana dilakukannya di Marseille dua tahun lalu, namun prestasi pasukan ketika ini seakan menguji kenyataannya. – AFP

Falcao bantu Monaco belasah Lille

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *