14elly.transformed.jpg

Fasha simpati nasib Elly Mazlein

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Fasha Sandha, simpati terhadap teman Seniman, Elly Mazlein, yang kehilangan akaun Instagram akibat digodam.

Bintang Syurga Yang Kedua itu turut meminta bantuan orang ramai bagi mendapatkan semula akaun lama penyanyi terbabit yang memiliki lebih 700,000 pengikut.

“Tolong… Tolong! Instagram ‘sis’ Lina Pom Pom (Elly) digodam. Sila ‘follow’ akaun baharu Elly iaitu @ellymazlein_official.

“Siapa yang tahu bagaimana nak mendapatkan semula akaunnya yang mencecah 700,000 pengikut itu, diminta mesej secara peribadi kepada akaun baharunya,” tulis Fasha di Instagram beliau beberapa jam lalu.

Perkongsian terbabit turut disertakan dengan sekeping gambar dirinya bersama Seniman wanita yang juga aktif sebagai pelakon itu.

Fasha berkata, beliau berbuat demikian sekadar membantu kerana Tak sampai hati mengenang nasib ibu tunggal berkenaan.

PENYANYI, Elly Mazlein. – Foto: Khairul Azhar Ahmad

Rata-rata pengikut aktres jelita ini turut bersimpati terhadap Elly dan berharap penyanyi Sabarlah Hati itu berjaya mendapatkan semula akaun lamanya.

Netizen juga memuji niat ikhlas Fasha, yang mempunyai 3.2 juta pengikut di Instagram, dalam usahanya membantu Elly.

Sementara itu, Elly berkongsi semula entri dimuatnaik oleh Fasha sambil mengucapkan terima kasih kepada pelakon itu. Beliau juga memaklumkan, akaunnya sudah digodam sejak seminggu lalu.

Akaun baharu hos Mentor Otai itu sehingga kini diikuti hampir 12,000 pengikut.

Fasha simpati nasib Elly Mazlein

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *