fattahputus2.transformed.jpg

Fattah Amin dan Sherry Ibrahim putus cinta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

FATTAH Amin dan Sherry sepakat berpisah selepas Tak mampu menyelamatkan hubungan yang bergelora sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Dua tahun menyulam cinta, akhirnya Fattah Amin dan Sherry Ibrahim sepakat berpisah selepas Tak mampu menyelamatkan hubungan yang bergelora sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Enggan mendedahkan perkara yang dirasakan terlalu peribadi dengan umum, masing-masing dikatakan mengakhiri percintaan secara baik malah masih berkawan.

Fattah berkata, segala yang berlaku atau punca di sebalik perpisahan biarlah hanya diketahui mereka saja apatah lagi soal jodoh Adalah di luar kemampuan manusia.

“Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Sampai kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama.

“Saya anggap sudah bukan jodoh kami untuk melangkah ke fasa seterusnya. Soal kami berpisah terlalu peribadi untuk dikongsi. Kami juga pernah berbincang dan berusaha menyelamatkan hubungan ini.

“Namun kami tiada jodoh dan perlu reda berdepan situasi ini. Siapa pula kita untuk menolak ketentuan Ilahi,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, kedua-dua pelakon ini bijak menyembunyikan kisah putus cinta daripada pengetahuan ramai ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat pengurusan mereka, Myfastyle, baru-baru ini.

Biarpun dilihat bagai ada yang Tak kena selain melayan tetamu seperti biasa, mereka bijak menyembunyikan kedukaan Sampai tiada rakan atau media menghidu perkara itu.

Tambahan pula, Sherry juga tiba agak lewat ke majlis yang berlangsung di restoran makanan Jepun di Hotel Sunway Putra itu berikutan terpaksa menghadiri acara lain terlebih dulu.

Sementara itu, Fattah berharap bekas kekasihnya terus maju dalam setiap lapangan diceburi selain menitipkan sokongan di atas pelancaran single baharu Sherry yang Akan diterbitkan Tak lama lagi.

“Bagi saya Sherry seorang wanita yang baik. Saya Tak pernah putus berdoa supaya dia terus sukses dalam perjuangan seni dan kehidupannya,” katanya mengenai aktres terbabit.

Bagaimanapun usaha menghubungi Sherry Tak berjaya kerana difahamkan pelakon itu sedang bercuti di luar negara.

Fattah Amin dan Sherry Ibrahim putus cinta

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *