1511989113_image281129.jpg

'Fattah, jaga Fazura kami sebaiknya'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NETIZEN menghujani selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin dengan ucapan tahniah setelah pasangan itu selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam semalam.

Menerusi laman mikro, Twitter, turut kelihatan hasgtag seperti #Fattzura dan #fattzuratiedtheknot bagi peminat pasangan tersebut mengucapkan tahniah.

Dalam pada itu, pengguna Twitter, Fazbulous Warriors meminta Fattah dapat menjaga Fazura dengan baik.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah kepada Fazura dan Fattah. Selamat Pengantin Baru dan semoha diberkati Sampai ke syurga.

“Kepada Fattah, jaga Fazura kami sebaiknya ya,” tulisnya.

Turut mendoakan pasngan tersebut Adalah pengguna Twitter, Zafirah Zainuddin.

“Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Fattah dan Fazura. Jagalah Perahu rumah tangga kalian berdua, sebaik-baiknya,” tulisnya.

Pengguna Twitter, Nazrul Azizi, dia memuji sikap pasangan itu sebelum melangsungkan perkahwinan.

“Barakallah kepada Fattah dan Fazura atas perkahwinan, semoga Sampai ke jannah. ‘inspire’ mereka berdua ini, pergi umrah dulu, bersihkan hati kerana nikah Adalah majlis agama bukannya majlis berbentuk sosial sahaja,” tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat bahawa terdapat

kisah dongeng yang boleh jadi realiti.

“So fairytales do come true! Hero Seorang Cinderella sudah menjadi kenyataan sekarang. Tahniah kepada pasangan kegemaran saya. Barakallah #Fattzura, semoga sampai ke jannah, Insya-ALLAH,” tulisnya.

Fazura sah bergelar isteri kepada Fattah hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.55 malam tadi dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.

'Fattah, jaga Fazura kami sebaiknya'

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *