fauzifinas.transformed.jpg

Fauzi Ayob dilantik Ketua Pengarah FINAS

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DATUK Fauzi Ayob.

HULU KLANG: Datuk Fauzi Ayob dilantik Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang baharu, berkuat kuasa 1 Januari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada majlis penyampaian Bonus Tayangan Filem Cereka (ITFC) di Kompleks FINAS, di sini, pagi tadi.

Fauzi sebelum ini memegang jawatan Pemangku Ketua Pengarah merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS.

Beliau mengambil alih tugas itu selepas Ketua Pengarah sebelum ini, Datuk Kamil Othman menamatkan kontraknya, November lalu.

Turut diumumkan, Azmir Saifudin Mutalib sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS.

Sementara itu, pada majlis penyerahan ITFC, 23 syarikat penerbitan filem tempatan yang berjaya mencatat kutipan tiket memberangsangkan melalui tayangan 33 filem sepanjang tahun ini, diraikan.

Antara syarikat yang menerima ITFC Adalah Skop Productions Sdn Bhd; MIG Pictures Sdn Bhd; Primeworks Studios Sdn Bhd; FilmScape Sdn Bhd dan Current Pictures Sdn Bhd.

Secara keseluruhan, nilai ITFC yang diperuntukkan tahun ini mencapai RM6.8 juta.

ITFC Adalah skim galakan kepada penerbit untuk menghasilkan filem berkualiti untuk pasaran domestik dan antarabangsa serta membina jaringan pemasaran Dunia.

Fauzi Ayob dilantik Ketua Pengarah FINAS

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *