1506720064_image28629.jpg

Faye Kusyairi perlahan karier seni

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

AKTRES Faye Kusyairi mengesahkan dia kini sedang hamil hampir tiga bulan.

Ujar Faye, perkara itu disedarinya selepas mengalami loya dan hilang selera Santap beberapa minggu lalu.

“Pada awalnya, saya hilang selera Santap dan saya fikir inilah masa terbaik untuk saya menurunkan berat badan,” katanya sambil ketawa.

Walaupun kerap loya dan muntah-muntah, Faye kemudiannya tetap aktif dan terlibat dalam satu perlumbaan kereta di Thailand awal September lalu.

Faye kemudiannya membuta pemeriksaan dan disahkan mengandung.

Bagaimanapun, kata Faye, dia sering alami morning sickness yang sangat teruk dan terpaksa memperlahankan aktivitinya.

Tambah Faye, suaminya, Azmi Hatta yang sudah mengetahui perkara itu dan teruja menantikan cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir 

sekitar April depan selain sentiasa mengingatkannya supaya Tak terlalu lasak seperti selalu.

“Dia juga ada belikan saya buah-buahan untuk mengurangkan loya. Apa yang boleh saya katakan dia banyak beri sokongan moral sejak tahu saya hamil,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Filem Tombiruo di MBO The Starling, Damansara.

Setakat ini, menurut Faye, dia belum lagi mengidam makanan tertentu seperti kebanyakan wanita lain.

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Faye berkata, dia kini banyak menghabiskan masa mempelajari Tips menghasilkan skrip bersama suaminya.

Selain itu, dia kini juga sibuk mempromosikan filem pertama lakonannya, Tombiruo.

Ujar Faye, biarpun hanya terlibat untuk beberapa babak, namun dia teruja menantikan tayangan filem berkenaan bermula 12 Oktober depan.

“Bagi saya watak ini sangat istimewa sebab menjadi antara penggerak cerita ini. Saya tetap terlibat dengan sesi latihan, masuk kelas lakonan. Berbeza juga sebab selalunya kita kena cari inspirasi sendiri setiap kali berlakon.

“Dalam masa sama, saya gementar juga kerana dapat bergandingan dengan nama besar, macam Farid Kamil yang menjadi suami saya di dalam filem ini,” ujarnya.

Selain Faye dan Farid, filem Tombiruo arahan Nasir Jani dan Seth Larney turut dibintangi Zul Ariffin, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Farah Ahmad, Faizal Hussein, Artu, Michael Chen, Datuk M Nasir, Datin Marlia Musa, Dynas Mokthar dan adik Muhammad Al-Rayyan.

Tambah Faye, dia berharap filem yang diadaptasi dari novel karya Ramlee Awang Murshid ini Akan menjadi batu loncatan penerimaan penonton terhadap kariernya, berbanding kisah peribadi yang sering melingkari perkembangannya sebelum ini.

“Saya buat sehabis baik sepanjang penggambaran filem ini walaupun ketika itu saya kurang sihat selepas penat menjalani penggambaran Tujuh Hari Mencintaiku.

“Saya harapkan filem ini akan box-office kerana saya rasa berbaloi pembikinan filem ini dengan hasilnya yang mengagumkan,” jelasnya.

Faye Kusyairi perlahan karier seni

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *