fafaz001.transformed.jpg

Fazura 'mengidam' dapat anak seperti Aaisyah Dhia Rana

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Selain Datuk Siti Nurhaliza yang teruja berjumpa dengan anak bongsu Rozita Che Wan pada majlis perkahwinan pereka, Ruzaini Jamil, baru-baru ini, seorang lagi bintang jelita, Nur Fazura, turut mengambil kesempatan itu untuk bergambar dengan kanak-kanak comel terbabit.

Sememangnya Aaisyah Dhia Rana antara selebriti kecil yang mudah mencairkan hati sesiapa yang memandangnya ketika ini, apatah lagi pada majlis resepsi bertemakan Bollywood Ahad lalu, puteri tunggal Rozita atau Che Ta itu tampil dengan persalinan glamor ala bintang Hindi.

Fazura sendiri nampaknya terpesona dengan ‘keayuan’ anak perempuan hasil perkahwinan Che Ta dengan Zain Saidin itu Sampai terserlah sisi kewanitaan dan keibuan penyanyi Sayangi Dirimu terbabit ketika mendukung Aaisyah.

Memuat naik gambarnya bersama kanak-kanak itu, foto berkenaan cepat menangkap perhatian pengikut bintang Langit Cinta ini sehingga ia mendapat lebih 24,000 ‘like’.

Lebih menarik, Fazura turut memuatkan keterangan gambar yang dianggap sangat comel dan penuh erti.

“Bahagianya hidup jika sudah sampai masa nanti dapat anak macam ini. ‘I’m in love’,” katanya.

Fazura sendiri pada malam berkenaan kelihatan cantik berseri-seri dalam persalinan Bollywood berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini. Pada majlis terbabit, ramai yang Tak berkelip mata saat memandang si pelakon yang sentiasa tampil anggun ini.

Sekali pandang, Fazura kelihatan seperti Deepika Padukone dalam filem Bajirao Mastani.

Fazura 'mengidam' dapat anak seperti Aaisyah Dhia Rana

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *