07felda3.transformed.jpg

FELDA hargai usaha kakitangan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

 

KUALA LUMPUR: FELDA yang mencapai usia 61 tahun sudah banyak mencipta kejayaan di dalam dan luar negara, termasuk meningkatkan kesejahteraan hidup membabitkan segenap generasi warga peneroka melalui pelbagai inisiatif.

Petugas FELDA terus gigih membanting keringat dalam usaha memastikan komuniti FELDA terutama peneroka mendapat manfaat jangka panjang, daripada generasi ke generasi seterusnya.

‘Wira Tak didendang’ yang berkhidmat dengan FELDA sejak lebih 30 tahun lalu ini, menyaksikan jatuh bangun organisasi tertua negara sehingga mereka sanggup mengorbankan masa demi memastikan entiti ini terus berdiri gah.

Pastinya, perit jerih pengalaman berkhidmat di FELDA menjadi nostalgia bagi kakitangan yang Akan bersara dan sudah bersara.

Justeru, bagi menghargai komitmen kakitangannya, FELDA mengadakan Majlis Semai Bakti dan Persaraan bagi mengiktiraf sumbangan cemerlang pegawai, termasuk menerusi pengurniaan Pingat Semai Bakti dan Anugerah Semai Bakti malam tadi.

Majlis kali ini meraikan 237 petugas yang bersara pada tahun ini membabitkan 168 petugas bersara wajib, 48 orang bersara pilihan, manakala sembilan orang bersara terbitan.

Majlis itu juga meraikan 12 pesara yang berkhidmat dengan FELDA Technoplant Sdn Bhd.

Turut hadir ke majlis persaraan itu, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Prof Dr Mohd Yusof Noor dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad berucap pada majlis Semai Bakti dan Persaraan FELDA 2017 di Menara Felda. – Foto Hafiz Sohaimi

Dalam ucapannya, Shahrir mewakili keluarga besar FELDA berterima kasih kepada pesara yang memberi sumbangan sama ada kecil atau besar dan memberi impak mendalam kepada kemajuan organisasi itu.

“Tiada organisasi yang boleh sampai ke usia 61 tahun, jika Tak ada sumbangan dan pengorbanan dilakukan semua kakitangan. Kerana komitmen kakitangan inilah, FELDA berjaya mencapai usia 61 tahun.

“Insya-Allah, kita pada peringkat pengurusan akan menjaga sebaik mungkin FELDA dan ini ikrar kami yang (sedang) berkhidmat. Kami mengambil tanggungjawab masa kini dan akan datang,” katanya.

Shahrir berkata, FELDA melakar banyak nostalgia dan kenangan manis untuk dikongsikan selepas bersara.

Pesara Felda, Mohd Rapingi Tahir pada majlis Semai Bakti dan Persaraan FELDA 2017 di Menara Felda. – Foto Hafiz Sohaimi

Sementara itu, pesara dari Terengganu, Mohd Rapingi Tahir, 56, berkata keprihatinan FELDA menjaga kebajikan kakitangannya membuatkan beliau Tak pernah ‘berkira’.

Beliau yang berkhidmat selama 37 tahun dengan FELDA sebagai pembantu operasi, berkata majikannya itu banyak membantu termasuk dalam pembiayaan pendidikan sehingga seorang anaknya dapat menyambung pengajian ke universiti di Melbourne, Australia dalam jurusan perakaunan.

“Anak saya ditaja FELDA dan kembali bekerja di FELDA. Saya terhutang budi dengan jasa FELDA dan sebagai penghargaan, ketika bertugas saya Tak pernah menangguhkan kerja.

 

“Jika kerja boleh disiapkan segera, saya akan lakukannya dan jika terpaksa kerja lebih masa, saya Tak Menciptakan tuntutan. Itu sumbangan saya kepada FELDA,” kata bapa kepada enam anak ini.

Bagi Norzalita Shaari, 58, yang baru bersara pada Oktober lalu, sepanjang 38 tahun perkhidmatannya, beliau menyaksikan jatuh bangun FELDA dan perubahan kepemimpinan pengurusan serta lokasi ibu pejabat organisasi itu.

“Bekerja di FELDA Adalah pekerjaan pertama saya. Situasi jatuh bangun FELDA menguatkan semangat saya untuk bersama dan terus bekerja kuat tanpa mengira waktu.

“Walaupun FELDA berdepan ranjau, organisasi ini masih menjaga kebajikan kakitangannya walaupun kita sudah bersara. Contohnya, rawatan di klinik panel masih boleh dinikmati pesara,” katanya.

Pesara Felda, Abu Hassan Ashari menerima anugerah pengurus terbaik 2016 pada majlis Semai Bakti dan Persaraan FELDA 2017 di Menara Felda. – Foto Hafiz Sohaimi

Pegawai Rancangan Tanah Lok Heng Selatan, Wilayah Johor Bahru, Abu Hassan Ashari, 56, yang juga penerima Anugerah Pengurus Terbaik pula, berkata banyak sumbangan kakitangan FELDA kepada peneroka.

“Apa yang FELDA lakukan demi manfaat dan keselesaan peneroka terutama ketika tanah mula diteroka untuk penempatan mereka dan kawasan ladang yang boleh diusahakan.

“Kita boleh memandang kemajuan dicapai FELDA bermula daripada pembukaan hutan menjadi tanah rancangan yang dilengkapi prasarana, menyediakan pelbagai Bonus sehingga ke pembinaan rumah generasi FELDA.

“Petugas FELDA ketika dulu berhempas pulas bekerja demi generasi masa depan. Sebab itu, generasi baharu FELDA patut kembali ke tanah rancangan masing-masing dan hidupkan semula kawasan itu,” katanya yang sudah berkhidmat selama 35 tahun.

FELDA hargai usaha kakitangan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *