19zariaki.transformed.jpg

FGV, FRIM bangunkan eko-perlancongan Rafflesia di Gerik

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad . – Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: FELDA Dunia Ventures Holdings Bhd (FGV) bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) membangunkan Pusat Pemuliharaan dan Interpretif Rafflesia (PPIR) yang Akan menjadi destinasi eko-pelancongan utama negara di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menjelang 2018.

Projek di kawasan seluas 223 hektar di Gerik, Perak itu disumbangkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sekali gus menjadikannya sebagai yang pertama seumpamanya di Semenanjung Malaysia.

Bila siap kelak, PPIR Akan pemacu ekonomi Gerik sebagai pusat penyelidikan saintifik dan pemuliharaan spesies terancam Rafflesia, persidangan antarabangsa, bengkel, kolokium, dan program kesedaran alam sekitar untuk orang awam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad, berkata strategi kemampanan FGV kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan amalan terbaik secara Keseluruhan dan mematuhi semua peraturan berkenaan kelestarian.

Katanya, PPIR Adalah projek kerjasama pertama antara sektor swasta dan agensi kerajaan di Semenanjung Malaysia yang membabitkan penyelidikan dan pemuliharaan kembang gergasi yang kini tersenarai sebagai spesies terancam dan dilindungi di negara ini.

“Inisiatif untuk menubuhkan PPIR bermula pada tahun 2013 berikutan penemuan populasi Rafflesia di sekitar kawasan Sungai Lebey di FELDA Bersia, Gerik, Perak.

“Ia Akan menjadi pusat sehenti penyelidikan, pendidikan dan pemuliharaan spesies Rafflesia terancam yang mana Perak Adalah satu-satunya negeri memiliki kawasan pembiakan tiga spesies seperti – Rafflesia azlanii, R. cantleyi dan R. kerrii.

“Kami percaya dengan membabitkan orang ramai menerusi pendidikan dan kesedaran mengenai alam sekitar, ia akan membantu mereka memahami kembang yang unik ini,” katanya kepada dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis pecah tanah PPIR yang disempurnakan Pengarah Besar FRIM Datuk Dr Abd Latif Mohmod; dan Ketua Bahagian Pemetaan Udara, Ukur dan Pengurusan Data Tanah FELDA, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi.

Mengulas lanjut, Abd Latif berkata, Rafflesia sudah menjadi ikon bagi Gerik, kerana ia menjadi tapak tempat asalnya di dalam rangkaian spesies germplasma terancam yang paling sesuai untuk Rafflesia di negara kita.

FGV, FRIM bangunkan eko-perlancongan Rafflesia di Gerik

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail